Categories
SELANGOR

Exco: MH370 hilang misteri, tingkatkan doa agar dipermudahkan usaha mencari

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 10 MAC : Umat Islam disarankan mengadakan solat hajat dan munajat secara bersendirian atau berjemaah mendoakan operasi mencari dan menyelamat kapal terbang MH370 dipermudahkan Allah SWT dan bertemu kejayaan.

Exco Selangor, Iskandar Samad, berkata orang ramai dinasihatkan bertenang daripada mengambil sikap menunding jari kepada pihak untuk dipersalahkan dalam misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang dua hari lepas.

Grafik MASKatanya, namun, Kerajaan dan pihak terlibat perlu mengambil ikhtibar dengan memperbaiki kelemahan yang ada sebagai persediaan masa depan.

“Usaha perlu juga dijalankan untuk membaiki apa jua kelemahan yang mungkin ada untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Iskandar turut mengingatkan orang ramai agar bersikap lebih sensitif dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

Sebaliknya, mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran yang rasmi.

“Saya turut mendoakan agar keluarga mereka yang terlibat diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.