Categories
NASIONAL

Enjin Malindo Air OD1804 terbakar, pesawat patah balik ke Subang

SHAH ALAM, 26 MAC: Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin yang berlaku, pagi tadi.

Semua penumpang termasuk pasukan bola sepak Liga Super Terengganu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan melaporkan kejadian itu berlaku ketika pesawat dengan nombor penerbangan OD1804 itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

malindo“Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Anggota pasukan turut merakam gambar kebakaran berkenaan yang menunjukkan api besar menyala dari salah sebuah enjin kipas jenis turboprop pesawat terbabit.

Gambar itu dikongsi meluas di laman sosial dalam masa beberapa jam sahaja sehingga mencetus kekeliruan apabila ada pengguna yang menyebut pesawat itu dikendali FireFly.

Dalam kenyataan ringkas, FireFly yang juga anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan mereka tidak mengendalikan pesawat jenis ATR 72 itu.

pemain impport terengganu fa 2014Sementara itu, satu kenyataan di laman web Terengganu FA juga menyebut, pemain pasukan itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu, pada jam 10 pagi.

Semua pemain terbabit baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang, malam tadi.

Kebakaran terbabit menarik perhatian umum susulan siri kemalangan membabitkan pesawat penerbangan dari Malaysia terutama MH370 yang gagal dikesan dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

Turut menjadi perhatian pad atarikh sama adalah kes penerbangan MH066 yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong kerana generator pesawat tidak berfungsi dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan.

Pada 23 Mac lalu, penumpang pesawat MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal turut mengalami detik cemas apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.