Categories
NASIONAL

Kem.Pertahanan digesa perjelas projek pemindahan pangkalan TUDM

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 17 MAC : Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa Kementerian Pertahanan supaya memberi penjelasan lanjut berhubung projek pemindahan lokasi pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di Butterworth yang didakwa dilakukan secara ‘rahsia’.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata perkara itu hanya diketahui kerajaan negeri pada awal tahun ini melalui satu pengumuman yang dilaporkan dalam Bursa Saham.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngLebih mengelirukan katanya projek yang menelan kos sebanyak RM13 bilion berkenaan turut berada di luar pengetahuan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di kawasan Tasik Gelugor.

“Kerajaan negeri hanya menyedari perkara ini setelah membaca laporan Bursa Saham tetapi yang peliknya Umno juga kata mereka tidak tahu.

“Bagaimana mereka sebahagian daripada kerajaan tidak tahu? Saya tidak pasti sama ada kenyataan Umno Tasik Gelugor tidak tahu itu benar atau pura-pura sahaja.

“Kami tidak mahu membantah secara melulu, justeru kami harap Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh beri penjelasan kepentingan projek ini kepada rakyat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata projek membangunkan pangkalan itu sepatutnya perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri sebelum ia boleh dilaksanakan.

Katanya berdasarkan jawapan bertulis yang diberikan di Parlimen, projek berkenaan akan dijalankan melalui kaedah pertukaran tanah (land swap) oleh syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama TSR Capital dan PBT JV yang dipersetujui kerajaan pusat.

“Secara prinsipnya kerajaan telah bersetuju pemindahan dibuat mengikut kaedah land swap melalui usahasama syarikat Bursa Malaysia untuk membina semula fasiliti TUDM di atas tanah baru tetapi masih belum dimutakhirkan.

“Ia juga akan dilakukan di atas tanah seluas 1007 ekar dan tidak melalui proses tender terbuka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.