Categories
KENYATAAN MEDIA

Kemenangan PRK Kajang bukti rakyat mahu teruskan pentadbiran telus

Oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail atas kemenangan beliau di PRK Kajang. Saya juga mengucapkan tahniah kepada penduduk Kajang kerana membuat pilihan yang bijak dengan sekali lagi memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi suara mereka di Dewan Negeri Selangor.

Kemenangan ini amat bermakna kerana kerana undi popular Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meningkat dari 58% pada pilihanraya umum tahun lepas kepada 60% dan sekaligus membuktikan rakyat masih percaya kepada pentadbiran telus dan bertanggungjawab Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Meskipun keputusan Kajang tidak mengubah struktur pentadbiran tetapi mandat yang rakyat beri pada Kajang akan jadi pemangkin kepada kerajaan untuk terus bekerja keras menjaga kebajikan rakyat melalui pentadbiran yang kemas, bersih dan efisien.

Saya juga meraskan bahawa amat jelas di sini rakyat menolak kempen agresif dan berbentuk keganasan dan provokatif.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas pilihanraya daripada semua komponen Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bagi memastikan semua berjalan lancar.

* Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Pengarah Jentera PRK Kajang dan Menteri Besar Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.