Categories
SELANGOR

Keputusan Rasmi: PKR menang peroleh majoriti 5,379 undi

KAJANG 23 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dengan keputusan rasmi: PKR: 16,741 undi manakala BN: 11,362 undi.

PRK DUN Kajang menyaksikan PKR terus mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi sebelum ini dengan majoriti sebanyak 5,379 undi.

Keputusan itu menunjukkan peratus sokongan kepada PKR meningkat daripada 56.8 peratus dalam PRU13 kepada 59.7 peratus dalam PRK  DUN Kajang walaupun peratus keluar mengundi berkurangan kepada 72 peratus berbanding 88 peratus pada PRU-13 lepas.

MenangDr Wan Azizah yang mendapat 16, 741 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang memperoleh 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi: 72 peratus atau 28,314. Undi rosak: 176

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Hassan Nawawi.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.