Categories
SELANGOR

Khalid perjelas isu MB perlu rujuk Istana, Exco

Oleh : NORFARAHIDAYU BAHARUDIN

KAJANG, 7 MAC: Sebarang isu menyentuh kedudukan Menteri Besar Selangor boleh ditentukan hanya selepas merujuk kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Negeri dan jemaah exco terlebih dahulu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu ditetapkan ketika beliau menghadap DYMM Sultan Selangor, baru-baru ini.

“Saya tidak boleh menandatangani sebarang surat yang menyuruh saya meletak jawatan. Saya perlu merujuk kepada Tuanku dan berbincang dengan exco negeri terlebih dahulu,” katanya selepas menyerahkan bantuan program Merakyatkan Ekonomi Selangor di sini, hari ini.

pic-tan-sri-khalid-tokoh-reformasiSelangor Kini difahamkan ketetapan itu adalah perlu kerana isu Menteri Besar membabitkan kepentingan rakyat dan memberi impak kepada keseluruhan kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi media baru-baru ini yang mendakwa beliau dalam pertemuan itu memaklumkan kepada istana bahawa tidak mahu berundur daripada kedudukan Menteri Besar.

Spekulasi kuat mengatakan Langkah Kajang adalah usaha untuk menggantikan Abdul Khalid dan meletakkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.