Categories
NASIONAL

Konspirasi terancang Umno-BN halang kemaraan Anwar

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 MAC: Keputusan tergesa-gesa memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim empat hari menjelang hari penamaan calon membuktikan wujudnya konspirasi terancang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan itu jelas merupakan satu konspirasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini menetapkan tempoh masa lama untuk hari penamaan calon dan mengundi.

IMG_5288Katanya, konspirasi dirancang sebegitu kerana Umno-BN takut kepada Anwar yang diletakkan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

“Buat pertama kali mahkamah menetapkan hukuman pada hari yang sama keputusan bersalah dijatuhkan,Hakim turut menolak permohonan peguam bela yang meminta masa seminggu untuk menyediakan hujah mitigasi.

“Mereka sebaliknya hanya memberi masa sejam sebelum hukuman ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menyifatkan detik semalam sebagai antara hari paling gelap dalam sejarah politik dan sistem kehakiman negara.

“Semalam adalah hari mengaibkan buat Malaysia.

“Ia menghapuskan segala harapan terhadap sistem kehakiman kita, yang perlahan-lahan cuba dipulihkan selepas (bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir letak jawatan,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.