Categories
SELANGOR

Hannah: PR tidak perlu ikut rentak perkauman Umno-BN

SHAH ALAM, 9 MAC: Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh menggesa semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat agar tidak mengikut rentak politik Umno-BN yang berteraskan sentimen perkauman.

“Isu kaum adalah isu Umno-BN, bukan Pakatan. Jangan sesekali ikut rentak mereka. Walaupun mereka suka laga-lagakan parti Pakatan, dan bangkitkan sentimen kaum di kalangan rakyat.

“Kita mesti terus berjuang untuk golongan majoriti dan juga minoriti,” katanya dalam sesi pidato ‘Pakatan Membela Rakyat’ di Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima, semalam.

Sebaliknya, beliau meminta agar ahli terus membina dan mengukuhkan jambatan persahabatan dan kerjasama antara parti.

Hannah turut mengingatkan wakil parti mengingatkan semua pimpinan supaya mengenepikan kepentingan politik semata-mata hingga menindakkan keperluan rakyat.

“Di Selangor, kita perlu tonjolkan ketelusan dengan sebaiknya. Di dalam penggal kedua kerajaan Selangor, perkara ini perlu diteruskan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Siap sedia serang BN, tamatkan rasuah salahguna kuasa

SHAH ALAM 9 MAC: Konvensyen Pakatan Rakyat kelima semalam menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penyokong Pakatan memperbaharui keazaman mereka bagi terus ‘menyerang’ BN.

Seruan itu menurutnya adalah satu ‘semboyan perang’ untuk menamatkan rasuah serta salahguna kuasa selama ini.

“Pakatan Rakyat hari ini siap untuk serangan baru yang lebih kuat dan hebat, serangan yang lebih hebat dan ampuh dan kita akan serang BN.

“Ini adalah semboyan perang! Cukup-cukuplah rasuah, cukup-cukuplah salah guna kuasa,” kata Anwar dalam ucapan penggulungannya.

“Kita mesti pertahan hak kita,” laung Anwar penuh bersemangat sambil disambut dengan penghormatan berdiri oleh peserta konvensyen yang memenuhi Pusat Konvensyen Setia Alam.

Categories
NASIONAL

Perwakilan laung reformasi tanda semangat bermula Reformasi 2.0

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Konvensyen Pakatan Rakyat kali Kelima yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City bergema dengan laungan Reformasi mengakhiri ucapan penutup dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pakatan-wanita-650x400Konvensyen yang bertemakan ‘Pakatan Pembela Rakyat’ itu pada mulanya suram dan diselebungi kesedihan ekoran hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar, namun selepas ucapan Ketua Pembangkang, kesemua pimpinan perwakilan bangun menyatakan sokongan dengan lantang.

Pimpinan menjerit, melaung reformasi dan revolusi tanda menyatakan sokongan penuh terhadap Anwar.

Dalam ucapan pimpinan parti daripada PAS, DAP dan PKR jelas menunjukkan mereka akan tetap utuh biarpun Kerajaan Umno-BN berhasrat mahu memenjarakan beliau.

Konvensyen yang diadakan satu hari itu bertujuan untuk mengumpul para aktivis dan pimpinan Pakatan dalam konvensyen tahunan.

Kira-kira 1,000 perwakilan hadir bagi menunjukkan kesatuan dan menaikan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad dilantik menjadi Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen manakala Timbalannya, Suhaimi Shafei dan Datuk Teng Chang Khim.

EZY

Categories
NASIONAL

Penjarakan Anwar, Pakatan tidak lemah semangat, malahan semakin kuat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC: Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata isu memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan melemahkan semangat Pakatan untuk terus berjuang.

Katanya, tindakan mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun itu bertujuan untuk menyekat Anwar daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

” Jangan BN ingat penjarakan Anwar dapat lemahkan pakatan, kita tidak akan berkubur, tetapi akan jadi semakin kuat.

” Lihat sahaja hikmah dari peristiwa tahun 1998, Kezaliman yang berlaku terhadap Anwar telah berjaya membawa PAS dan DAP duduk semeja bersama PKR,” katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvenyen Setia City, di sini.

Anthony juga menyeru rakyat bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional dengan menjadikan PRK Kajang ini sebagai referendum dan hukuman daripada rakyat ke atas mereka.

“Jadikan PRK Kajang sebagai Mahkamah Rakyat untuk kita jatuhkan hukuman kepala Barisan Nasional,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Saifuddin: Pakatan landasan kukuh khidmat terbaik kepada rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Pakatan akan menjadi satu landasan yang kukuh untuk menjadikan parti terbaik kepada rakyat kerana menghormati prinsip kepimpinan bersama gabungan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR, PAS dan DAP mempunyai kekuatan dan kelemahan, namum perkara itu diselesaikan bersama tanpa mengkritik kelemahan rakan-rakan.

Beliau juga yakin dengan asas yang dibina ini juga, Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada rakyat atas keyakinan mereka.

“Kekuatannya adalah prinsip kita mengembeling kekuatan dan kelemahan bersama.

“Kita saling membantu mengatasinya, atas sebab ini Pakatan Rakyat akan muncul sebagai kuasa politik yang boleh mengancam Umno-Barisan Nasional.

“Tak mungkin pemimpin Pakatan sanggup mengkhianati mandat sokongan begitu besar yang terutamanya apabila kita gagal meneruskan perbezaan pendapat,” katanya dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvenyen Setia City, di sini.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan perlu mengekalkan kuasa politik melalui kerjasama erat itu untuk mengambil alih kerajaan.

“Penyatu paduan ini akan menjadi lebih erat melalui konvensyen yang kita lalui sekarang ini, kita mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mahu pengukuhan parti perlu bermula dari awal supaya Pakatan dapat menyelesaikan segala krisis yang timbul dengan sebaik-baiknya.

Katanya, pendekatan itu perlu diambil perhatian biarpun perbezaan perkara yang kecil seperti perbezaan pendapat.

“Biarpun perbezaan pendapat itu adalah satu perkara kecil, ia akan menjadi besar apabila media yang tidak bertanggungjawab mula memanipulasi perbezaan terbabit.

“Pemimpin perlu menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah. Pengukuhan Pakatan Rakyat ini bermula secara dalaman yang perlu diselesaikan oleh pimpinan parti,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Konspirasi terancang Umno-BN halang kemaraan Anwar

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 MAC: Keputusan tergesa-gesa memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim empat hari menjelang hari penamaan calon membuktikan wujudnya konspirasi terancang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan itu jelas merupakan satu konspirasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini menetapkan tempoh masa lama untuk hari penamaan calon dan mengundi.

IMG_5288Katanya, konspirasi dirancang sebegitu kerana Umno-BN takut kepada Anwar yang diletakkan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

“Buat pertama kali mahkamah menetapkan hukuman pada hari yang sama keputusan bersalah dijatuhkan,Hakim turut menolak permohonan peguam bela yang meminta masa seminggu untuk menyediakan hujah mitigasi.

“Mereka sebaliknya hanya memberi masa sejam sebelum hukuman ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menyifatkan detik semalam sebagai antara hari paling gelap dalam sejarah politik dan sistem kehakiman negara.

“Semalam adalah hari mengaibkan buat Malaysia.

“Ia menghapuskan segala harapan terhadap sistem kehakiman kita, yang perlahan-lahan cuba dipulihkan selepas (bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir letak jawatan,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Umno-BN perguna kehakiman halang kemaraan PR

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 MAC : Tindakan Umno-BN memperalat institusi kehakiman untuk menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara tidak akan sesekali menggoyahkan kepimpinan barisan Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebaliknya berkata, PR akan terus memperkukuhkan saf untuk membela dan memperjuangkan keadilan serta membawa perubahan demi masa depan negara.

LIVE2Katanya, PR juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa sebarang tekanan.

“”Kita juga akan terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Cheras mengutuk tindakan Umno-BN menggunakan institusi kehakiman negara demi survival politik sempit mereka.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada Umno-BN bahawa tindakan menyalahgunkan badan kehakiman dan memenjarakan Anwar akan hanya membangkitkan lebih ramai pejuang.

“Mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: ‘Lap air mata, teruskan perjuangan’

SHAH ALAM, 8 MAC: “Lap air mata, teruskan perjuangan,” begitulah kata-kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengulas hukuman lima tahun penjara ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kelima di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam pagi tadi.

Azizah123Beliau juga menggesa semua pimpinan dan perwakilan agar bersatu padu dan menjadikan keputusan itu sebagai penguat semangat untuk meneruskan perjuangan.

“Tuhan akan uji kita setakat mana iltizam (dan ketabahan) kita.

“Itizam dan semangat kitalah yang membawa kita ke sini dan meneruskan perjuangan,” katanya lagi diiringi tepukan hadirin.

“Jarang sekali air mata menitis bila difikirkan Anwar akan dibawa terus ke penjara kerana sudah tidak ada masa untuk ikat jamin,” katanya.

Beliau berkata beliau masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

“Walaupun sugul dihati tetapi semangat masih tinggi.

“Ini adalah satu yang saya fikirkan, kenapa selepas reformasi 1998, tetapi Allah uji kita setakat mana kita lakukan reformasi,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat zahir sokongan terhadap Anwar

SHAH ALAM 8 MAC: Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.

LIVE2Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.

“7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.

“Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti,” kata beliau ketika ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat, pagi ini.

lawanTambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dan BN boleh terus merompak harta rakyat.

“Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan,” katanya, lapor Harakahdaily

Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat bersedia dengan taktik kotor BN dan menguatkan Pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.

– Keadilan Daily