Categories
NASIONAL

Lebih 400 berarak bantah hukuman gantung 529 ahli Ikhwanul Muslimin

Ole: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Lebih 400 umat Islam berarak ke Kedutaan Mesir, di sini, bagi membantah hukuman gantung sampai mati terhadap 529 orang ahli Ikhwanul Muslimin.

Demonstrasi mengecam tindakan Kekejaman Rejim El-Sisi itu dianjurkan Pemuda PAS Malaysia sambil disokong 56 badan bukan kerajaan (NGO) lain.

10154478_617856004965670_571243090_nPeserta mula berarak selepas menunaikan solat Jumaat di Hotel De Palma Ampang sebelum bergerak ke Kedutaan Mesir sambil dikawal oleh Unit Amal PAS.

Antara pemimpin politik yang hadir adalah Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Mereka yang berarak turut membawa plakad yang tertera ‘Malaysians 4 Egypt’, ‘Pray For EG529’ dan gambar bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Morsi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.