Categories
SELANGOR

MB hadiri bacaan Yassin dan Tahlil untuk krew, penumpang MH370

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor menganjurkan satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi memperingati mangsa nahas pesawat MAS MH370, malam tadi.

Majlis yang diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam itu turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis yang bermula selepas Solat Maghrib itu juga dihadiri kira-kira lebih 200 jemaah lain.

Bacaan Yassin dan Tahlil itu diketuai Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin.

DSC_7059Terdahulu, Abdul Khalid selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor memberitahu kerajaan negeri akan mengkaji bentuk bantuan kebajikan yang boleh dihulurkan kepada keluarga anak kapal dan penumpang pesawat malang itu.

“Kerajaan Negeri merancang mengkaji bantuan kebajikan kepada mereka, khususnya anak kapal MH370 yang berasal dari Selangor.

“Namun, pada masa ini kita mesti ruang secukupnya kepada keluarga terbabit dan mahu mereka tahu kita bersama mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.