Categories
SELANGOR

MB: Menangkan Dr Wan Azizah dengan majoriti lebih besar

BANGI, 11 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tumpuan memperoleh kemenangan majoriti besar calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah keutamaan pada ketika ini.

Justeru, Abdul Khalid berkata, tidak wujud persoalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar selepas ini sehingga keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Kita harus berbangga kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Selangor. Beliau antara yang menubuhkan PKR dan kita akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan lebih besar dicapai daripada PRU-13 lalu,” katanya.

DSC_0154Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkenaan susulan isu penstrukturan air di Selangor.

Katanya, beliau akan membuat pengumuman lanjut berkenaan perkara itu secepat mungkin di Parlimen atau Putrajaya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui media ketika penamaan calon PRK DUN Kajang, di sini, hari ini.

Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

MB air MOUAntara isi kandungan perjanjian terbabit termasuk kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Ekoran daripada pengambilalihan terbabit, satu konsortium untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi itu akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.