Categories
SELANGOR

MB: Selangor galak industri berpotensi tinggi berkembang

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 31 MAC: Kerajaan Negeri sentiasa bersedia membuka ruang dan platform bagi membolehkan peluang pekerjaan berdaya inovatif dengan bayaran upah tinggi dapat dinikmati rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mengenal pasti industri berpotensi menjulang ekonomi Selangor dan salah satu daripadanya merupakan industri menyelenggara, membaiki dan overhaul (MRO).

MB MROKatanya, pertumbuhan industri MRO dijangka mampu meningkatkan pencapaian produk domestik bruto (GDP) sekurang-kurangnya 6.5 peratus dalam masa sepuluh tahun.

“Industri MRO memberi peluang kepada anak-anak muda di Selangor untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka di dalam satu bidang yang memerlukan kepakaran.

“Apabila mereka mempunyai kemahiran tinggi, gaji pun lebih maka pendapatan per kapita keluarga juga dapat ditingkatkan,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Senggaraan SR Technics yang terletak di Seksyen 15 di sini pagi tadi.

DSC_7437Hadir sama dalam majlis pagi tadi ialah Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong dan Ketua Pegawai Eksekutif SR Technics, Andre Wall.

“Selangor berbangga dipilih SR Technics dan difahamkan 94 peratus daripada 110 kakitangan di sini adalah rakyat tempatan yang menjalani latihan komprehensif termasuk di Zurich, Switzerland.

“SR Technics juga sedang bekerjasama dengan institusi vokasional di Malaysia bagi menghasilkan sukatan pelajaran yang memenuhi keperluan industri dari segi kemahiran dan kecekapan,” katanya.

Pusat berkenaan merupakan pusat senggaraan pertama di rantau Asia Tenggara yang ketiga di Asia Pasifik yang menyediakan khidmat MRO untuk pesawat komersil berat.

Berkeluasan 150,000 kaki persegi, SR TEchnics beroperasi mengikut piawaian dan kelulusan European, Aviation Safety Agency (EASA), Federal Aviation Administration (FAA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.