Categories
NASIONAL

Tumpahan cecair kimia Lynas cetus kebimbangan penduduk insiden berulang

SHAH ALAM 31 MAC: Penduduk setempat khususnya di sepanjang jalan persekutuan Kuantan-Kuala Lumpur dilanda rasa bimbang ekoran berulangnya insiden tumpahan cecair bahan kimia milik Lynas Coporation daripada sebuah treler di Km 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Kepong, Lanchang dekat Temerloh, Jumaat lalu.

lynas3Pengerusi Himpunan Himpunan Hijau, Wong Tak, berkata dakwaan Lynas bahawa insiden tumpahan bahan kimia itu selamat sebagai meragukan dan tidak bertanggungjawab.

“Insiden tumpahan itu menyebabkan polis menutup jalan tersebut daripada lalulintas dari pagi hingga lewat tengahari. Kumpulan besar daripada pelbagai jabatan digerakkan ke kawasan tersebut. Kami diberitahu tumpahan itu telah dineutralkan.

“Jika tumpahan itu tidak merbahaya dan beracun, mengapa satu gerakan besar diperlukan? Sehingga kini, pemilik Lynas tidak menjelaskan perkara sebenar dan secara jelas tidak mematuhi syor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk beroperasi secara telus,” kata Wong Tak dalam kenyataan medianya.

lynas+xcidenMenurut NGO terbabit, insiden ini secara jelas membukti kecuaian aspek operasi Lynas dan ia bukan pertama kali berlaku.

“Seorang jurutera ditemui mati dalam kawasan kilang Lynas beberapa bulan lalu,” jelas beliau.

Katanya, insiden tumpahan bahan kimia ini juga membuktikan tiada sesiapa yang memantau operasi Lynas sehingga bahan kimia boleh dibawa keluar daripada kilang itu tanpa pemantauan.

Keadaan ini membangkit keprihatinan berulangnya tragedi Bukit Merah apabila kontraktor dibiarkan membawa keluar bahan buangan toksid untuk dibuang di tapak pelupusan haram.

“Kami ingin bertanya kepada bekas Menteri kesihatan, Liow Tiong Lai yang membentuk jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan berjanji kepada penduduk bahawa aktiviti Lynas akan dipantau ketat.

“Beliau perlu tampil ke hadapan dan memberi penjelasan,” kata Wong Tak.

Beliau menambah, adalah jelas bahawa sikap tidak bertanggungjawab Lynas akan mengancam dan membawa risiko kepada kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan penduduki.

“Kita tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa yang secara berterusan berlagak seperti ‘jurucakap Lynas’ daripada menjaga kepentingan penduduk.

“Sehubungan itu penduduk perlu bertindak. Kita mesti bersatupadu dan menutup kilang milik Lynas di gebeng pada 22 Jun 2014. Tiada pilihan lain,” kata Wong Tack.

Tong-tong mengandungi cecair bahan kimia NdPr Chloride dari Kilang Lynas itu terjatuh dari sebuah treler di Km 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Kepong, Lanchang.

Bagimanapun Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dilapor Bernama sebagai berkata, ia tidak mengandungi bahan radioaktif dan “tidak didaftarkan sebagai kategori berbahaya”.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebanyak 13 daripada 15 tong yang mengandungi cecair kimia tersebut bertaburan di atas jalan raya setelah terjatuh dari treler yang dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan menuju Pelabuhn Klang, Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.