Categories
SELANGOR

MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini melangkah setapak ke hadapan dengan melancarkan tempat letak kereta khas wanita mengambil kira isu keselamatan membabitkan golongan terbabit yang semakin kritikal.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata kemudahan yang terletak di Pusat Bandar Seksyen 52 itu disediakan di kawasan strategik yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, pemilihan itu dilakukan bagi tujuan pemantauan dan keselamatan wanita khususnya yang memandu berseorangan ke kawasan sibuk berkenaan.

datin-alinah“Kemudahan ini istimewa untuk wanita yang memandu sama ada untuk ke Menaja MBPJ atau lot kedai yang berhampiran. Sebagai permulaan, MBPJ memperuntukkan dua buah tempat letak kereta di hadapan premis Public Bank dan Ambank,” katanya yang menyempurnakan majlis berkenaan di Pusat Bandar Seksyen 52, di sini, semalam

Pelancaran berkenaan adalah sebahagian daripada program ‘PJ Safe..Safety For All’ yang akan dianjurkan di seluruh Petaling Jaya sepanjang tahun ini.

Alinah berkata, MBPJ juga akan mengkaji semula keperluan syarat penyediaan tempat letak kereta khusus untuk wanita melalui syarat Kebenaran Merancang.

561750_432339636823336_1418780464_n“Kita akan kaji Kebenaran Merancang bagi pembangunan premis dan pusat komersial baru serta kawasan lain yang menyediakan kemudahan awam.

“Untuk premis sedia ada, MBPJ akan beri kelonggaran masa untuk pemiliknya melaksanakan sistem letak kereta wanita, sementara itu pemilik premis yang ingin perbaharui lesen tempat letak kereta perlu laksana sistem ini.

“Jika gagal, permohonan lesen tidak akan diperbaharui,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.