Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat ucap takziah tragedi MH370

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan takziah di atas tragedi yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

Satu sidang media khas bersama PR yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa simpati kepada semua ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi berkenaan yang turut dizahirkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng .

anwar-gstAnwar berkata, namun terdapat banyak persoalan yang timbul seperti Kerajaan Pusat cuba menutup maklumat berkenaan insiden yang berlaku kepada MH370 yang hilang daripada radar dalam penerbangan ke Beijing, pada 7 Mac lalu.

“Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa dan ucapan tahniah serta penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha, selain khidmat yang digembeleng dalam usaha mencari juga menyelamat.

“Namun, terdapat kemusykilan pelbagai teori dalam maklumat yang disampaikan dan tidak memuaskan semua pihak, saya mohon Parlimen bincang dan siasat secara terperinci,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Penerbangan pesawat MH370 dipercayai berpatah balik dan terhempas di Lautan Hindi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas satelit China, Perancis dan Australia mengesannya.

konvensyen pakatan (18)Pada masa sama, Anwar juga mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat yang lewat mengumumkan perkara itu hingga menimbulkan persoalan dan keresahan lebih rumit yang menyebabkan keyakinan negara luar berkenaan kreadibiliti negara berhubung tragedi terbabit.

“Kerajaan Pusat perlu menjelaskan semuanya dan tidak perlu gopoh untuk membuat keputusan kerana kajian sedang dilakukan,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.