Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat zahir sokongan terhadap Anwar

SHAH ALAM 8 MAC: Pakatan Rakyat menzahirkan sokongan penuh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Setia City Convention Centre, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.

LIVE2Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.

“7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.

“Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti,” kata beliau ketika ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat, pagi ini.

lawanTambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.

Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dan BN boleh terus merompak harta rakyat.

“Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan,” katanya, lapor Harakahdaily

Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat bersedia dengan taktik kotor BN dan menguatkan Pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.

– Keadilan Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published.