Categories
NASIONAL

Parlimen: Wisma Putra, Putrajaya perlu kutuk tindakan kejam Mesir

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menggesa Wisma Putra dan Putrajaya mengutuk hukuman mati besar-besaran ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang dijatuhkan pihak kehakiman Mesir.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar selepas usul beliau di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membincangkan isu itu ditolak Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, Kamaruddin dalam suratnya kepada Pandikar bertarikh 25 Mac lalu menyifatkan hukuman itu sebagai satu titik hitam dalam sejarah dunia moden dan langkah mundur ke belakang yang diambil kerajaan junta Mesir.

24effb8ba16337a8677e074e43f54583“Kita sudah menyuarakan sikap dan pendirian kita tetapi kesal kerana Wisma Putra tidak berani mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara yang berlaku,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerajaan Malaysia tidak perlu risau dilihat campur tangan dalam urusan dalaman Mesir jika mereka menyatakan bantahan atau protes terhadap hukuman terbabit.

“Kita bukan campur tangan tetapi ambil tindakan yang wajar terhadap tindakan kerajaan Mesir,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menegaskan perbahasan berkenaan hukuman terbabit perlu dibantah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini sikap yang salah, kita perlu berdiri bersama atas rasa kemanusiaan untuk kutuk sesuatu yang zalim dan tidak adil.

1003584_10203462274105386_1661976469_n“Saya khuatir kalau kita bersikap tidak peduli, satu hari nanti kezaliman akan belaku di Malaysia dengan lebih teruk lagi,” katanya.

Pandikar dalam surat balasannya bertarikh hari ini menyatakan usul itu ditolak atas prinsip hubungan dua hala yang menghormati proses perundangan dan kehakiman negara lain.

Katanya, ia perlu “ditangani secara bijaksana demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir”.

Leave a Reply

Your email address will not be published.