Categories
GLOBAL

Mesir nafi tentera langgar hak asasi manusia

KAHERAH, 29 MEI: Tentera Mesir mengecam laporan Human Rights Watch yang menuduh tentera negara itu melanggar hak asasi manusia semasa menjalankan operasi anti-keganasan di utara wilayah Sinai, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap tentera Mesir, Tamer al-Refae memberitahu agensi berita MENA, laporan itu berniat untuk mencemarkan imej tentera dan negara Mesir.

Refae berkata, semasa menjalankan operasi itu tentera telah mengambil kira piawaian hak asasi manusia antarabangsa untuk melindungi orang awam, dengan melakukan serangan udara di luar kawasan kediaman.

Beliau berkata, penubuhan zon penampan di sempadan sejajar dengan resolusi kabinet dan “mereka yang terjejas akibat tindakan itu diberi pampasan dan menerima unit perumahan.”

Dalam laporan mengandungi 134 helaian dikeluarkan pada Selasa itu, Human Rights Watch menuduh tentera Mesir dan pasukan polis mencabuli hak asasi manusia terhadap orang awam di utara Sinai.

Sebaliknya kata Rafae, pihak tentera menyokong proses pembangunan di utara Sinai, menyelia 312 projek untuk memperbaiki hidup rakyat dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tegasnya, tentera berjaya memusnahkan infrastruktur milik kumpulan pengganas, mengembalikan kehidupan yang biasa dan memelihara keselamatan penduduk.

— BERNAMA

Categories
GLOBAL

Mesir kembali bekal gas asli kepada Jordan

AMMAN, 28 JAN: Jordan mula menerima separuh daripada keperluan harian gas aslinya dari Mesir bagi penjanaan elektrik, semalam.

Memetik laporan agensi berita China Xinhua, pegawai yang enggan dinamakan, memaklumkan Xinhua bahawa langkah itu dibuat selepas satu perjanjian antara Mesir dan Jordan dimeterai pada awal Januari.

Katanya, perkembangan itu menyaksikan Mesir berjanji membekalkan separuh daripada keperluan gas Jordan bagi menjana pengeluaran tenaga pada 2019.

Pegawai itu berkata, perjanjian tersebut adalah penting bagi mengurangkan kos tenaga Jordan.

“Ini adalah satu langkah yang amat penting yang bakal menyokong ekonomi Jordan,” kata pakar ekonomi Hosam Ayesh kepada Xinhua.

“Gas Mesir akan membantu meningkatkan daya saing industri-industri di Jordan kerana kos tenaga merupakan halangan utama yang sering dihadapi oleh industri,” kata pakar ekonomi itu.

Jordan memerlukan sejumlah 330 juta kaki persegi gas asli setiap hari untuk menjana pengeluaran tenaga, menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral.

Jordan pernah menerima kira-kira 250 juta kaki persegi bekalan gas setiap hari dari Mesir pada 2004.

Jumlah itu dikurangkan pada 2009 sebelum dihentikan sepenuhnya pada 2011 selepas saluran paip di Sinai yang membekalkan gas ke Jordan diserang kumpulan pengganas.

Selepas Mesir menghentikan bekalan gasnya, Jordan terpaksa mengimport gas asli cecair yang lebih mahal.

– BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Gimenez bantu Uruguay sekat kekebalan Mesir

OLEH AFIX REDZUAN

RUSIA, 16 JUN: Uruguay terpaksa berhempas pulas sebelum meraih tiga mata penuh menewaskan Mesir 0-1 dalam aksi Kumpulan A.

Tandukan pada minit akhir permainan menerusi Jose Gimenez meruntuhkan kekebalan benteng pertahanan Mesir yang berjaya menyerap asakan Luis Suarez dan Edinson Cavani.

Suarez sebelum itu memiliki hampir empat peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan namun buntu.

Mesir tidak mengambil risiko menurunkan penyerang sensasi, Mohamed Salah meskipun dikhabarkan pemain Liverpool itu cergas untuk beraksi.

Keputusan itu menyaksikan Uruguay ditangga kedua di belakang Rusia yang membelasah Arab Saudi 5-0 semalam.

Foto Kredit: Facebook FIFA World Cup

 

Categories
GLOBAL

Angka korban serangan di Mesir meningkat 305, 128 cedera

KAHERAH 26 NOV: Jumlah korban serangan bom dan tembakan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir, kelmarin meningkat kepada 305 orang, termasuk 27 kanak-kanak.

Seramai 128 lagi mangsa disahkan cedera.

Serangan itu disifatkan oleh pendakwa raya Mesir sebagai pembunuhan beramai-ramai, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Dalam satu kenyataan, beliau mendedahkan ia perbuatan khianat dilakukan antara 25 hingga 30 penyerang berambut panjang, berjanggut, namun melakukan penyamaran dengan mengenakan pakaian ala tentera.

Kumpulan penyerang berkenaan dilaporkan membawa sepanduk hitam bertulis kalimah suci, sekali gus menepati gambaran bendera rasmi kumpulan militan Daesh.

Mereka mengepung masjid sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah yang hendak mengerjakan solat Jumaat, kelmarin.

Penyerang didakwa tiba dengan menaiki lima kenderaan, kemudiannya bertindak membakar tujuh kenderaan yang berada di lokasi.

Saksi di tempat kejadian mendakwa mendengar bunyi tembakan disusuli letupan kuat sebelum kumpulan penyerang menyerbu masuk masjid.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Mesir haramkan 21 laman sesawang termasuk Al Jazeera

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Mesir mengharamkan laman sesawang utama stesen televisyen Al Jazeera juga 20 laman sesawang lain termasuk laman berita bebas terkemuka tempatan negara itu, Mada Masr.

Agensi berita Kerajaan Mesir melaporkan pengharaman itu semalam, malahan ia adalah sekatan pertama diakui secara terbuka oleh kerajaan yang menuduh laman sesawang berkenaan menyokong keganasan dan menyebarkan berita palsu walaupun tindakan berkenaan dikritik keras wartawan serta kumpulan hak asasi.

Pengharaman dilakukan Kerajaan Mesir terhadap Al Jazeera dipercayai ekoran tindakan sama yang diambil sekutunya Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam yang menyekat laman sesawang syarikat berkenaan dan laman lain selepas berlaku pertikaian dengan Qatar.

Sementara itu, pihak Qatar berkata, penggodam menyiarkan kenyataan palsu emir negara terbabit yang kononnya mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, namun media Kerajaan Arab Saudi dan UAE turut melaporkan komen terbabit.

url blockSeorang pegawai dari Lembaga Kawalselia Telekom Mesir tidak mengesah atau menafikan sekatan itu tetapi berkata, “Bagaimana jika ia benar? Ia tidak seharusnya menjadi satu masalah”.

Dua sumber keselamatan berkata, 21 laman sesawang berkenaan disekat kerana dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin yang diharamkan atau dibiayai Qatar, lapor REUTERS.

Kaherah menuduh Qatar menyokong Ikhwan yang disingkirkan daripada kuasa di Mesir apabila tentera menggulingkan presiden yang dipilih, Mohamed Mursi ekoran bantahan besar-besaran terhadap beliau, pada tahun 2013.

Hubungan antara Qatar dan Mesir terjejas teruk selepas kejatuhan Mursi terutama apabila Doha mengalu-alukan beberapa tokoh kanan Ikhwan walaupun Qatar sudah meminta sebahagian daripada mereka meninggalkan negara itu.

websites-copyWartawan Mada Masr pula berkata, laman sesawang itu menerbitkan artikel di Facebook dan masih boleh diakses di luar Mesir atau melalui proksi walaupun disekat kerajaan.

“Sekatan ini jelas menunjukkan niat pihak berkuasa untuk melumpuhkan media yang kritikal dengan cara memintas undang-undang,” kata Ketua Pengarang Mada Masr, Lina Attalah kepada Reuters, hari ini.

Laman sesawang terbabit didaftarkan di Mesir dan wartawannya berpangkalan di negara itu, namun sehingga kini pihak kerajaan belum menghubungi pengurusan Mada Masr sebelum atau selepas ia tidak dapat diakses.

Bagi Mahmoud Kamel yang menganggotai lembaga kesatuan akhbar rasmi Mesir berkata, tindakan kerajaan mengharamkan 21 laman seswang itu jelas satu serangan terhadap kebebasan bersuara.

“Ia tidak boleh diterima dan kami menentang segala sekatan terhadap laman sesawang berita. Tindakan ini sebahagian daripada iklim ketakutan yang dialami di Mesir,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Death sentence on Morsi – Egyptian judiciary sinks to new low

BY: MOHAMED AZMIN ALI

We denounce the latest decision by the Egyptian judiciary convicting Mohamed Morsi and sentencing him to death on charges of plotting a prison escape with Hamas and conspiring with foreign agents against the nation.

The ruling, which comes on the heels of a recent mass death sentence on over 100 people, represents a new low in the depths that the illegitimate government of Abdel Fattah el-Sisi has sunk to. This was a trial that has failed to meet even the basic requirements of due process and flouted every rule of evidence.

It is also a death sentence on democracy and justice underscored by the intense and massive accumulation of power by the military since the deposing of President Morsi in the July 2013 coup assisted by unseen hands in the region.

The powers that be have wasted no time in undoing the ground work that had been initiated under the representative government of Morsi and has unleashed a torrent of repressive and oppressive measures against independent civil society organisations, academia and the free media while driving the remnants of a vibrant opposition underground.

Categories
KENYATAAN MEDIA

AMK kutuk hukuman mati pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir

Oleh: Nik Nazmi Nik Ahmad

AMK amatlah kecewa dengan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas pemimpin-pemimpin dan para aktivis Mesir, termasuklah Presiden yang telah digulingkan, Mohamed Morsi, Pemimpin Kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan ulama’ tersohor Dr Yusuf Al Qaradawi (seorang tokoh Ma’al Hijrah Malaysia) di atas beberapa tuduhan.

Malah, terdapat 105 orang lain yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Mesir.

Dr MorsiSeperti yang dinyatakan oleh Amnesty International di dalam kes Presiden Morsi, “Menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohamed Morsi selepas perbicaraan yang tidak adil hanya memperlekehkan hak asasi manusia.

Beliau telah dihukum walaupun belum sempat menjejak kaki ke mahkamah. Beliau telah ditahan berbulan-bulan tanpa bayang, dan tidak mendapat pengawasan kehakiman, malah tidak diwakili peguam semasa soal siasat.

Hal-hal ini jelas mencerminkan bahawa perbicaraan ini adalah sandiwara semata-mata berdasarkan prosedur yang tidak sah.”

Saya juga bersetuju dengan kutukan keras Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogen, yang menyatakan, “Mesir sudah berubah menjadi Mesir zaman purba”.

Beliau juga berhujah bahawa negara-negara Barat terus buat tak endah berkenaan rampasan kuasa Sisi dan hanya mampu melihat hukuman yang melampau di Mesir ini walaupun di negara sendiri mereka menghapuskan hukuman mati.

Malang sekali, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan Malaysia untuk mengutuk hukuman mati tersebut. Adakah ini kerana kerajaan BN berasa malu dengan penyalahgunaan mahkamah undang-undang tersendiri?

Tambahan pula, perkara ini berlaku pada masa yang sama dengan krisis kemanusiaan Rohingya di Asia Tenggara di mana Malaysia masih belum bertindak mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan.

Sikap acuh tak acuh oleh Pengerusi ASEAN dan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah amat mengecewakan.

Ini jauh berbeza dengan tradisi kita memperjuangkan keadilan di Afrika
Selatan, Palestin, Bosnia Herzegovina, Negara Thai dan Filipina.

AMK menggesa kerajaan Malaysia untuk menekan kerajaan Mesir agar menarik semula hukuman-hukuman mati tersebut dan menggalakkan usaha ke arah pendamaian politik yang berkesan.

Pada masa yang sama, kerajaan juga harus menggerakkan usaha serantau untuk menamatkan keganasan dan penindasan ke atas komuniti Rohingya di Myanmar dan mencari penyelasaian kemanusiaan di dalam isu pelarian itu.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua AMK Pusat

 

KEADILAN YOUTH CONDEMNS DEATH SENTENCE OF EGYPTIAN MUSLIM BROTHERHOOD LEADERS

KEADILAN Youth is deeply disheartened by the recent spate of death sentences imposed on Egyptian leaders and activists, including deposed President Mohamed Morsi, Muslim Brotherhood Supreme Guide Mohamed Badie and esteemed cleric Dr Yusuf Al Qaradawi (our own Tokoh Ma’al Hijrah) over a number of charges.

Indeed, another 105 people have also been sentenced to death by Egyptian courts.

As Amnesty International has stated in the case of President Morsi, “Condemning Mohamed Morsi to death after more grossly unfair trials shows a complete disregard for human rights. His trials were undermined even before he set foot in the courtroom. The fact that he was held for months incommunicado without judicial oversight and that he didn’t have a lawyer to represent him during the investigations makes these trials nothing but a charade based on null and void procedures.”

I am keen to agree with Turkish President, Reccep Tayyip Erdogan who has condemned the act saying, “Egypt has turned into ancient Egypt”. It is difficult to argue with his statement that the West is still turning a blind eye to Sisi’s coup and that they remain mere spectators at this execution (of the death sentence) in Egypt even though they abolish the death sentence in their own country.

It is very disappointing that no Malaysian government figure has yet spoken out against the various death sentences. Is it because we are embarrassed by our own abuse of the judicial institution?

This also comes in light of Malaysia’s continued inaction over the growing Rohingya humanitarian crisis in Southeast Asia.

This is lackadaisical behaviour on the part of the Chair of ASEAN as
well as a member of the UN Security Council is deeply worrying and a complete let-down.

This is far different from our tradition of fighting for justice in
South Africa, Bosnia Herzegovina, Palestine, Thailand and the
Philippines.

KEADILAN Youth urges the government of Malaysia to pressure the government of the Arab Republic of Egypt to rescind the death sentences and embark on a substantive program of political reconciliation. At the same time, it must mobilize regional support to end the violence and oppression against Burma’s Rohingya community as well as find a humanitarian solution to the refugee issue.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PARTI KEADILAN RAKYAT YOUTH LEADER

Categories
NASIONAL

Pelajar Perubatan Malaysia maut selepas kemalangan 3 Jun

SHAH ALAM, 17 JUN: Pelajar Tahun Dua Fakulti Perubatan (Pergigian) Malaysia di Mesir, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 3 Jun lalu, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri Iskandariah, kelmarin. 

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah, 21, meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.

Memetik Bernama, Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai Kedutaan kini berada di Iskandariah bagi membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.

al-FatihahKenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.

“Kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah,” kata Wisma Putra.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku bila van yang membawa Ummi Nadiah Filzah dan bersama lima lagi rakannya yang juga penuntut Universiti Iskandariah melanggar bahagian belakang sebuah lori lalu terbabas.

Mereka tercampak keluar van dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Borg El Arab untuk pulang bercuti semester di Malaysia, namun lima pelajar lain cedera dan pemandu terselamat.

Categories
NASIONAL

Malaysia perlu henti hubungan dengan Mesir, bantah sistem politik diktator

SHAH ALAM, 28 MAC: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan Malaysia menggantung hubungan dengan Mesir sehingga keadaan di negara itu kembali stabil .

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata hal itu kerana tindakan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong Ikhwal Muslimin yang disifatkan paling luar biasa dan tidak mengikut proses undang-undang sebenar.

“Kami berpendirian adalah tindakan munasabah untuk Malaysia mengambil sikap jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid,“Kerajaan Malaysia harus berani menunjukkan contoh tidak berkompromi dengan kezaliman di mana sahaja ia berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Azmi berkata, Malaysia perlu mengusulkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara Islam (OIC) supaya mengambil tindakan ke atas Mesir yang tidak menunjukkan tanda akan keluar daripada pemerintahan ketenteraan.

“Sebagai negara OIC yang penting, Malaysia perlu mengkaji semula hubungannya dengan Mesir ekoran tindakan rejim tentera negara itu yang melanggar hak asasi manusia dan kembali kepada zaman pemerintah diktator.

“Kami ingin mengingatkan kerajaan Malaysia, Mesir adalah negara Timur Tengah yang penting. Penentangan rakyat akibat pemerintahan tentera yang diktator akan menjadikan Mesir sebagai sebuah lagi negara yang akan musnah seperti Syria dan Iraq.

1975020_678118562229653_612266093_n“Seperti yang dialami rakyat Syria, kini rakyat Mesir berhadapan dengan rejim Fatah El-Sisi yang ghairah untuk merebut kuasa,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azmi turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul Pakatan Rakyat untuk membahaskan keputusan hukuman mati itu dengan alasan menghormati perundangan Mesir.

Mohd Azmi berkata, alasan itu sangat lemah, bahkan PBB juga melihat hukuman itu sebagai melampaui proses undang-undang yang biasa dan tidak memenuhi kualifikasi proses pembicaraan yang boleh diterima masyarakat antarabangsa.

Categories
NASIONAL

Mahasiswa perlu sertai Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir esok

SHAH ALAM, 27 MAC: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan keputusan Mahkamah Mesir ke atas 529 anggota Ikhwan Al-Muslimin yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan kononnya menyerang serta membunuh polis.

Presiden PKPIM, Muhammad Aliemran Norasid, berkata persatuan mahasiswa itu mengutuk sekeras-kerasnya keputusan mahkamah yang seperti sengaja menafikan hak rakyat Mesir ,khususnya penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.

logo pkpim“Mohammed Mursi dipilih oleh rakyat mesir secara sah dalam pilihan raya Mesir 2011. PKPIM menyeru semua mahasiswa dan aktivis pelajar tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama menyertai Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir, pada 28 Mac ini (esok) di Kedutaan Mesir.

Katanya, PKPIM akan mengerahkan seluruh ahli persatuan itu untuk turun padang bagi menunjukkan tanda protes terhadap keputusan Mahkamah Mesir.

“PKPIM yakin, usaha ini akan memupuk semangat kesatuan rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Mesir,” katanya.

Categories
NASIONAL

Parlimen: Wisma Putra, Putrajaya perlu kutuk tindakan kejam Mesir

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menggesa Wisma Putra dan Putrajaya mengutuk hukuman mati besar-besaran ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang dijatuhkan pihak kehakiman Mesir.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar selepas usul beliau di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membincangkan isu itu ditolak Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik Malaysia Kini, Kamaruddin dalam suratnya kepada Pandikar bertarikh 25 Mac lalu menyifatkan hukuman itu sebagai satu titik hitam dalam sejarah dunia moden dan langkah mundur ke belakang yang diambil kerajaan junta Mesir.

24effb8ba16337a8677e074e43f54583“Kita sudah menyuarakan sikap dan pendirian kita tetapi kesal kerana Wisma Putra tidak berani mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara yang berlaku,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerajaan Malaysia tidak perlu risau dilihat campur tangan dalam urusan dalaman Mesir jika mereka menyatakan bantahan atau protes terhadap hukuman terbabit.

“Kita bukan campur tangan tetapi ambil tindakan yang wajar terhadap tindakan kerajaan Mesir,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menegaskan perbahasan berkenaan hukuman terbabit perlu dibantah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini sikap yang salah, kita perlu berdiri bersama atas rasa kemanusiaan untuk kutuk sesuatu yang zalim dan tidak adil.

1003584_10203462274105386_1661976469_n“Saya khuatir kalau kita bersikap tidak peduli, satu hari nanti kezaliman akan belaku di Malaysia dengan lebih teruk lagi,” katanya.

Pandikar dalam surat balasannya bertarikh hari ini menyatakan usul itu ditolak atas prinsip hubungan dua hala yang menghormati proses perundangan dan kehakiman negara lain.

Katanya, ia perlu “ditangani secara bijaksana demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir”.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bantah tindakan kejam Mesir

Oleh: MUHAMMAD ALIEMRAN NORASID

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merasa dukacita dan kecewa (disappointed and frustrated) dengan keputusan Mahkamah Mesir ke atas 529 anggota Ikhwan Al-Muslimin yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan mahkamah yang seolah-olah menafikan hak rakyat Mesir khususnya penyokong Presiden Mohammed Mursi. Presiden Mohammed Mursi telah dipilih oleh rakyat mesir secara sah dalam pilihanraya Mesir 2011.

Oleh hal yang demikian, PKPIM menyeru semua mahasiswa dan aktivis pelajar tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir pada Jumaat, 28 Mac 2014 ini di Kedutaan Mesir.

PKPIM akan mengerahkan seluruh ahli PKPIM untuk sama-sama menunjukkan tanda protes terhadap keputusan Mahkamah Mesir ini. PKPIM yakin, usaha ini akan memupuk semangat kesatuan rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Mesir.

# Muhammad Aliemran Norasid adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)