Categories
SELANGOR

PRK Kajang: Pengundian tamat, 67% keluar setakat jam 4 petang

KAJANG 23 MAC: Setakat jam 4.00 petang tadi, seramai 67 peratus telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

DSC_2878Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.

Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

kubu SPRSemua pusat pengundian ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.