Categories
SELANGOR

Selangor akan tutup sekolah jika jerebu terus meningkat

SHAH ALAM, 13 MAC: Selangor memandang berat berkenaan kualiti udara di negeri itu yang agak meruncing terutama jerebu teruk yang boleh menganggu sistem pernafasan dan menjejas kesihatan penduduk terutama anak kecil, warga emas serta berpenyakit kronik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata beliau bimbang jika rakyat khususnya 933,699 pelajar daripada sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Selangor terkesan dengan situasi berkenaan.

Dr Halimah“Kemungkinan jika dikira sekali jumlah pelajar termasuk tadika dan sekolah swasta yang tidak masuk dalam data Jabatan Pendidikan Selangor, ia boleh mencecah sejuta orang,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengikut statistik Jabatan Alam Sekitar bacaan IPU di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan 164 iaitu kategori tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.

Sehubungan itu, Dr Halimah berkata, beliau menyeru Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor mengambil langkah proaktif bersinergi dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan menutup sekolah apabila IPU sudah melampaui had yang selamat dengan mengambil kira keadaan sebenar rakyat.

15 mins reading break halimah 01Jabatan perlu peka dengan mengambil kira keadaan kepada lonjakan mendadak kes penyakit yang dikaitkan dengan punca pencemaran udara khususnya jerebu ini.

“Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga diseru mengambil tindakan menutup sekolah jika keadaan memaksa, demi menjaga kebajikan pelajar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.