Categories
NASIONAL

Setiausaha Cabang Bintulu, Calon PKR N51 Balingian

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 16 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Setiausaha Cabang Bintulu, Abdul Jalil Bujang, sebagai calon Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Balingian.

Pengumuman itu dipaparkan melalui laman Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut meminta rakyat menyokong parti berkenaan dalam PRK terbabit.

10003289_686476211416728_26011201_nPRK DUN Balingian diadakan selepas perletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga ADUN kawasan berkenaan, pada 28 Februari lalu.
PRK berkenaan dijangka bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PKR dan Barisan Nasional (BN).

BN meletakkan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo, 48, sebagai calon parti itu dalam PRK yang bakal berlangsung, pada 29 Mac ini.

Pada pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi.

Mengikut statistik, Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dengan Melanau/Melayu adalah kumpulan majoriti iaitu 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan lain-lain, 55 (0.41 peratus).

Leave a Reply

Your email address will not be published.