Categories
SELANGOR

Suhaimi : Langkah Kajang diteruskan, tiada kaitan pertukaran MB

Oleh : NORHAYATI UMOR

KAJANG, 14 MAC: Langkah Kajang yang diumumkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini tidak akan dipinggirkan walaupun beliau digugurkan daripada menjadi Calon Dwan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafei, berkata strategi menawan Putrajaya melalui ‘Langkah Kajang’ itu juga akan sentiasa di kupas.

Katanya, ia akan diteruskan walaupun tidak menjadikannya sebahagian daripada manifesto parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, pada 23 Mac ini.

suhaimi shafie web baru-edit“Saya menolak dakwaan Langkah Kajang dipinggirkan dalam kempen parti itu selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah diumum sebagai calon menggantikan suaminya (Anwar).

“Daripada awal lagi kita lancarkan Langkah Kajang sejak kerusi itu dikosongkan. Kita umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada mulanya dan kupas banyak berkenaan perkara ini.

“Apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah dicalonkan, kita katakan berada di proses terakhir dan akan teruskannya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut laporan ‘Langkah Kajang’ itu membabitkan pertukaran Menteri Besar Selangor, Suhaimi bagaimanapun menolak dakwaan itu.

“Sebagaimana jika diteliti jawapan Anwar sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita katakan untuk fokus selesaikan PRK terdahulu dan akan bincangkan perkara selainnya selepas itu,” katanya.

DSC_0408Sementara itu, Suhaimi memaklumkan penyebaran risalah memburukkan Calon DUN Kajang mula diedarkan di sekitar negeri.

Risalah yang antaranya bertajuk “10 Sebab Mengapa Perlu Tolak Wan Azizah” dan “Fitnah SPR Pakatan Burukkan Daftar Pemilih” didakwa dilakukan oleh Barisan Nasional untuk memfitnah.

“Ia jelas bahan memfitnah, memberi fakta yang salah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (11)(1c). Sesiapa yang bersalah akan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak lebih setahun,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.