Categories
NASIONAL

Tidak patut libatkan Anwar dan Kapten Zaharie punca kehilangan MH370

SHAH ALAM 17 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah tidak patut mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan dirinya dengan membuat tuduhan liar beliau menjadi punca juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang itu sejak 8 Mac lepas.

Anwar menafikan kehilangan pesawat itu berkaitan dengan kesan kesedihan Zaharie susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat dan dipenjara lima tahun, sehari sebelum MH370 berlepas ke Beijing.

download“Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

“Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun,” katanya dipetik Sinar Harian ketika menyampaikan ceramah di Sungai Chua, Kajang, semalam.

Sehubungan itu, katanya, beliau minta supaya tidak dikaitkan dengan insiden yang meruntun hati keluarga penumpang dan pemerhati daripada seluruh dunia.

Anwar berkata, situasi tersebut (beliau disabitkan bersalah) dikongsi kesedihan jutaan rakyat Malaysia, bukan juruterbang MH370 sahaja.

“Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tidak pula pergi langgar orang.

“PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.