Categories
NASIONAL

Parlimen: Kerajaan sedia cari semula MH370 jika ada bukti kukuh

KUALA LUMPUR 30 NOV: Kerajaan sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lepas, jika ada bukti kukuh mengenai keberadaannya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Kerajaan telah menyatakan bahawa jika ada bukti kukuh dan penemuan meyakinkan bahawa kita dapat mencari pesawat itu, kita akan mempertimbangkan semula.

 

“Kita tidak menutup sepenuhnya ruang untuk kemungkinan meneruskan misi pencarian, tetapi kerajaan tidak boleh buat pencarian sepanjang masa, tanpa bukti kukuh,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL

Saintis: MH370 mungkin di hujung selatan, dekat 35 darjah selatan

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Saintis terkemuka Australia dari Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) yakin pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang kemungkinan besar berada di utara zon pencarian sebenar.

Saintis penyelidikan utama CSIRO, Dr David Griffin berkata, dapatan laporan terbaharu itu menyokong kesimpulan kawasan pencarian baharu yang dikenal pasti First Principles Review yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi utama bagi pencarian MH370 pada Disember lalu.

“Ia menunjukkan lokasi yang kemungkinan besar bagi MH370 ialah di kawasan pencarian baharu yang dikenal pasti dan disyorkan Laporan First Principles Review, dan kemungkinan besar di hujung selatan, dekat 35 darjah selatan.

“Kita tidak boleh pasti sepenuhnya, tetapi di situlah semua petunjuk kita menjurus kepadanya dan usaha baharu ini memberi lebih keyakinan dalam pencarian kita,” kata Griffin dalam laporan yang dimuat naik ke laman web ATSB hari ini.

Laporan First Principles Review mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 25,000 persegi di utara kawasan pencarian asal sebagai kawasan dengan kebarangkalian tertinggi menemui bangkai pesawat tersebut.

MH370 hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur bersama 239 orang yang berada dalam pesawat pada 8 Mac 2014. Laluan penerbangan terakhir MH370 dipercayai ialah di selatan Lautan Hindi.

MH370Dalam ujian terkini, Griffin berkata, laporan terbaharu itu menampilkan data dan analisis daripada pengujian di samudera terhadap flaperon Boeing 777 yang asli – sebahagian daripada sayap pesawat yang menambah tahap kepastian tambahan terhadap penemuan hasil model penyimpangan sebelumnya.

Pengujian itu mahu memastikan jika flaperon yang asli hanyut lurus melawan arah angin seperti replika atau berada pada sudut, dan tahap kelajuannya merentasi air.

“Kami mendapati flaperon asli hanyut kira-kira 20 darjah ke kiri, dan lebih pantas daripada replika, seperti yang kami fikir ia berkemungkinan. Penemuan flaperon MH370 di Pulau La Reunion pada Julai 2015 sekarang baru masuk akal.”

Menurut beliau, adalah penting untuk mengetahui bagaimana flaperon dan serpihan lain MH370 yang ditemui itu bertindak balas kepada angin, ombak dan arus Lautan Hindi.

“Kami menambah kedua-duanya (angin dan ombak) bersamaan model untuk simulasi bagaimana ia hanyut melintasi lautan, kemudian membandingkan hasilnya dengan pengamatan yang serpihan ditemui dan tidak ditemui untuk merungkaikan mengenai lokasi pesawat,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat cuba sorok ‘sesuatu’ kehilangan MH370, tak jemput MP Pakatan sesi penjelasan

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terkejut dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kerajaan kehilangan pesawat MH370.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata beliau kecewa dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih bersikap bermain politik ketikamana negara dalam krisis kritikal.

MHsurat hilang“Kita terkejut kerana jemputan penjelasan kehilangan MH370 hanya diberi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

“Ini adalah tragedi nasional dan semua ahli parlimen perlu diberi penjelasan,” kata Sim dipetik portal www.fz.com.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata tindakan itu juga mencerminkan Kerajaan Pusat tidak telus dalam pengurusan krisis kehilangan MH370.

Hishammuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac menyatakan penjelasan itu dijadualkan esok pada jam 8.30 malam di Aloft KL Sentral.

Perkara itu juga dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memohon penjelasan Kerajaan Pusat berkenaan perkara itu seolah-olah cuba menyorokkan sesuatu.

EZY

Categories
NASIONAL

Izzah: Daily Mail buat dakwaan palsu kaitkan Anwar dengan misteri MH370

Oleh: Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR 17 MAC: Dakwaan tabloid Daily Mail yang menyiarkan berita kaitan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehilangan pesawat MH370 sebagai akhbar picisan yang banyak melaporkan berita palsu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata PKR tidak akan melayan teori konspirasi ‘menggila’ ini kerana seluruh keutamaan kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat.

Nurul-Izzah“Keutamaan kita untuk menyelamatkan pesawat, penumpang dan kemudiannya mencerakinkan apakah tugasan dan urustadbir yang lebih baik termasuklah hubungan antara agensi yang lebih konsisten dan terbuka supaya kita dapat kenalpasti kalau benar dirampas, siapa yang bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya harap kita janganlah mengulangi sesuatu yang amat menyakitkan bila berkait dengan sesorang yang tidak mampu mempertahankan dirinya dan saya harap media Malaysia lebih bertanggungjawab daripada apa yang dilakukan Daily Mail,” katanya.

Stealth MH370Semalam, akhbar tabloid United Kingdom, Daily Mail melaporkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang ‘fanatik politik’ dan ‘aktivis sosial yang lantang’.

Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kaitkan PKR dengan kehilangan MH370 kerja orang cetek akal-Johari

Oleh : AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 17 MAC : Pemimpin PKR hari ini membidas tindakan pihak yang cuba mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas dengan parti itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu ternyata memiliki pemikiran yang cetek dan terlalu obses dengan politik.

Stealth MH370Beliau turut meminta supaya sebarang spekulasi yang mengaitkan parti itu dengan kes MH370 dihentikan serta-merta.

“Segala-gala dalam kehidupan di Malaysia ini perlu dipolitikkan. Ketika rakyat sedang berdoa, keluarga sedang menanti dengan sedih ada pihak tertentu yang otaknya terlalu cetek nak kaitkan dengan politik.

“Hentikanlah dan sesiapa sahaja yang keluarkan kenyataan itu bagi saya otaknya memang selut (tak betul),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menyifatkan dakwaan itu sebagai satu andaian yang jelas sengaja dilakukan dengan tujuan politik.

Katanya andaian itu juga adalah sesuatu yang tidak adil kepada kakitangan MAS dan ahli keluarga penumpang yang terlibat.

“Saya nasihatkan sesiapa yang cuba mengaitkan perkara ini dengan nasib yang malang bagi pesawat MH370 ini harus dihentikan.

“Kita harus tumpu kepada usaha kita dalam siasatan dan kenalpasti ke mana perginya pesawat yang hilang ini, jangan tersimpang daripada usaha penting itu,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah tidak patut mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan dirinya dengan membuat tuduhan liar beliau menjadi punca juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang itu.

Anwar menafikan kehilangan pesawat itu berkaitan dengan kesan kesedihan Zaharie susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat dan dipenjara lima tahun, sehari sebelum MH370 berlepas ke Beijing.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Pesawat MH370 ‘disorok’ Amerika di Diego Garcia?

SHAH ALAM 17 MAC: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesepuluh hari ini didakwa ‘disembunyikan’ di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Diego_Garcia_BSFMenurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Cabal Times dalam laporannya mendakwa AS melakukan ‘rampasan pesawat’ itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing.

Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.

Stealth MH370Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.

“Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.

Beliau yang ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat itu dekat dengan Australia memandangkan pesisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi, Abbott berkata: “Saya tidak ada maklumat seperti itu.”

Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlarge“Tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada apa-apa maklumat yang boleh membantu (kita) memahami misteri ini,” katanya seperti dipetik oleh AFP.

Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.

Pakistan mengesahkan radar negara itu tidak mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan bersedia untuk berkongsi segala maklumat yang diperoleh.

Jurucakap Kementerian Luar, Tasnim Aslam berkata, pihak berkuasa Malaysia meminta bantuan seperti data satelit dan radar yang mungkin membantu mencari pesawat berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan 25 negara kini terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat, termasuk Pakistan.

Selain negara itu, kerajaan Malaysia turut membuat permohonan sama ke atas Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand dan Australia.

EZY

Categories
NASIONAL

Tidak patut libatkan Anwar dan Kapten Zaharie punca kehilangan MH370

SHAH ALAM 17 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah tidak patut mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan dirinya dengan membuat tuduhan liar beliau menjadi punca juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang itu sejak 8 Mac lepas.

Anwar menafikan kehilangan pesawat itu berkaitan dengan kesan kesedihan Zaharie susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat dan dipenjara lima tahun, sehari sebelum MH370 berlepas ke Beijing.

download“Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

“Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun,” katanya dipetik Sinar Harian ketika menyampaikan ceramah di Sungai Chua, Kajang, semalam.

Sehubungan itu, katanya, beliau minta supaya tidak dikaitkan dengan insiden yang meruntun hati keluarga penumpang dan pemerhati daripada seluruh dunia.

Anwar berkata, situasi tersebut (beliau disabitkan bersalah) dikongsi kesedihan jutaan rakyat Malaysia, bukan juruterbang MH370 sahaja.

“Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tidak pula pergi langgar orang.

“PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi,” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

MH370 ‘terbang’ hingga ke Kazakhstan, isu rampasan jadi siasatan

SHAH ALAM 15 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka.

PM pCKatanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan.

Namun menurut Najib, kini pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

posiblePada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan daripada media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu.

Sementara itu orang ramai melahirkan pelbagai pandangan di media sosial berhubung sidang media tergempar Perdana Menteri itu berhubung kelewatan sidang media dan keengganan Najib Razak membuka sesi persoalan wartawan.

Mereka meluahkan rasa kurang senang dengan kelewatan sidang media hampir 40 minit yang sepatutnya diadakan tepat pada jam 1.30 petang.

Mereka menyatakan sepatutnya ketepatan waktu perlu diutamakan Kerajaan Malaysia kerana ia melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Ada juga pengguna laman sosial yang menimbulkan persoalan pesawat itu ‘terbang’ hingga ke Kazakhstan kerana sebelum ini media ada melaporkan bahawa Najib mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin utama negara itu yang memerlukan penjelasan lebih lanjut.

Menurut Lathefa Koya, selepas penafian demi penafian dilakukan oleh pemangku Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussin pengumuman Najib Razak hadir mengesahkan penafian dilakukan sebelum ini.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin di twitternya menulis sidang media oleh Najib Razak itu tiada maklumat baru yang dikemukakan.

“Sekadar beritahu tiada maklumat terbaru.. dah lah lambat,” tulis Badrul Hisham.

Sebelum ini, Agensi Berita Antarabangsa Associated Press melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata spekulasi rampasan pesawat MH370 itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah ‘konklusif’.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

EZY