Categories
NASIONAL

Umno-BN perguna kehakiman halang kemaraan PR

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 MAC : Tindakan Umno-BN memperalat institusi kehakiman untuk menghantar Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara tidak akan sesekali menggoyahkan kepimpinan barisan Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sebaliknya berkata, PR akan terus memperkukuhkan saf untuk membela dan memperjuangkan keadilan serta membawa perubahan demi masa depan negara.

LIVE2Katanya, PR juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa sebarang tekanan.

“”Kita juga akan terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Cheras mengutuk tindakan Umno-BN menggunakan institusi kehakiman negara demi survival politik sempit mereka.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada Umno-BN bahawa tindakan menyalahgunkan badan kehakiman dan memenjarakan Anwar akan hanya membangkitkan lebih ramai pejuang.

“Mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.