Categories
SELANGOR

Wan Azizah: PRK Kajang, referendum rakyat tolak kezaliman BN

Oleh: LIZAWATI MADFA

BANGI 11 MAC : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru pengundi di DUN Kajang untuk menolak Barisan Nasional (BN) bagi menyampaikan satu mesej jelas kepada Kerajaan BN bahawa rakyat menolak ketidakadikan dan kezaliman.

Wan Azizah berkata, PRK Kajang perlu diterjemahkan kepada satu referendum yang jelas kepada Kerajaan BN atas kepincangan sistem kehakiman negara.

azizah1Katanya, beliau sungguh terharu melihat sokongan yang diberikan rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat selama ini.

“Saya mengajak semua pengundi terutama di Kajang untuk bersama saya memberi mesej yang kuat dan menyeluruh.

“Dalam perhitungan tanah yang tidak rata, saya kira kemenangan itu yang saya cari, doakan yang lebih penting untuk dapat majoriti besar,” katanya.

Sementara itu Mantan Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Taib, berkata rakyat akan menterjemahkan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pengundian pada 23 Mac ini

“Saya fikir hanya sebahagian saja undi simpati . Undi asas adalah undi yang ingin kepada pembaharuan dan perubahan. Itu jelas,” katanya.

PRK Kajang melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang ditentang Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kedua-dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang pagi tadi, di Bandar Baru Bangi.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 48 peratus, pengundi Cina 41 peratus dan pengundi India 10 peratus.

Dalam pertandingan enam penjuru Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, Lee Chin Cheh (PKR) memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,842, sekali gus membolehkan beliau menewaskan calon BN daripada MCA, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.