Categories
SELANGOR

Wan Azizah sebak salam suami sebelum penamaan

Oleh : LIZAWATI MADFA

KAJANG, 11 MAC : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak ketika bersalam dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum melangkah masuk ke pusat penamaan calon pagi ini.

IMG_6177Selain Anwar, Presiden PKR itu turut diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan pimpinan yang lain.

Sementara menunggu proses penamaan calon selesai, Anwar serta pimpinan lain diarahkan untuk menunggu di bawah khemah khas yang disediakan.

Sebelum mengambil tempat di bawah khemah, Ketua Pembangkang itu sempat mendekati penyokong yang terpisah oleh gulungan kawat berduri.

“Reformasi, lawan tetap lawan, hidup rakyat,” laungan kira-kira 1,000 penyokong terus bergema.

Sementara di bawah khemah, pimpinan mula berbual sesama sendiri sambil menikmati kuih yang diisi dalam bekas plastik kecil.

DSC_0440Sebelum itu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail terpaksa membonceng motosikal untuk tiba ke Pusat Penamaan Calon mengikut waktu yang ditetapkan.

Ia disebabkan keadaan trafik menuju ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Bandar Baru Bangi, sesak seawal jam 6.30 pagi yang bermula daripada tol Lebuh Raya Utara Selatan.

Ramai terperangkap dan lambat sampai ke destinasi termasuk rombongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, disebakan kesesakan semakin ketara kira-kira tiga kilometer dari pusat penamaan calon.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.