Categories
SELANGOR

Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 16 MAC: Suasana hujan renyai membasahi bumi Kajang menemani kempen calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sesi walkabout bersama penduduk sekitar.

Lebih menarik, sesi walkabout di Pasar Awam Sungai Chua itu turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turun ke Kajang sebagai tanda sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat (PR).

Kesempatan itu diambil pengunjung dan peniaga untuk menyapa Kak Wan, yang juga isteri kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IMG_6624aDalam ucapan ringkasnya, Wan Azizah menegaskan, beliau bukan boneka atau ‘puppet’ dengan menyertai PRK DUN Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar sebaliknya mahu menggunakan pengalaman sebelum ini bagi memberikan bakti kepada masyarakat Kajang.

“Jangan kata saya puppet. Saya bukan puppet. Saya ingin bantu selesaikan masalah di Kajang dan harap anda semua mengundi saya, pada 23 Mac ini,” katanya yang turut berbesar hati dengan kehadiran Guan Eng.

IMG_6650aTurut kelihatan jentera kempen Barisan Nasional (BN) yang tiba di lokasi sama selepas Wan Azizah selesai mengadakan sesi ramah mesra bersama peniaga.

PRK Dun Kajang akan berlangsung membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara calon PKR dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.