Categories
NASIONAL

Pelabur asing akan nikmati hak keistimewaan orang asli, bumiputera

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG JAYA, 13 APRIL: Pelabur asing yang melabur di Malaysia akan menikmati hak dan keistimewaan sama rata yang dinikmati orang asli melalui agenda kerajaan membantu golongan penduduk asal negara ini.

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang, berkata hal itu berikutan dalam perjanjian Kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) terdapat polisi setiap pelabur asing perlu diberi hak sama taraf dengan sebarang dasar atau agenda terbaik kerajaan dalam membangunkan ekonomi dan melindungi kepentingan sesuatu kaum.

“Kita akan susah untuk jalankan program bumiputera kerana akan kena saman. Kalau kerajaan dengan kerajaan ada diplomasi sedikit tetapi syarikat yang akan saman kita. Kalau kamu jalankan agenda membantu bumiputera, kami akan saman atas dasar kesamarataan kebebasan perdagangan.

Laksana TPPA 01“Dasar ini, kita kena beri kepada semua pelabur negara asing itu sama taraf hak dengan rakyat negara kita atas dasar keistimewaan yang terbaik sekali. Di Malaysia, dasar melindungi hak yang terbaik sekali untuk rakyat adalah terhadap hak orang asli dan kedua bumiputera.

“Jadi, pelabur asing ini walaupun mempunyai satu syer di sini dikira pelabur dan mereka akan menikmati semua keistimewaan yang sama dinikmati orang asli atau bumiputera. Kalau kerajaan tidak beri syarikat itu boleh saman,” katanya.

Azlan berkata demikian dalam program Wacana Rakyat: Kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap sektor perumahan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, semalam.

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan rancangan kerajaan membantu meningkatkan ekonomi golongan orang asli dan bumiputera seperti dalam dasar negara akan terbantut.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan dapat menghalang perkara itu daripada berlaku jika kerajaan meneruskan hasrat menandatangani TPPA, sekali gus menyebabkan syarikat yang dimiliki rakyat negara ini terancam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.