Categories
NASIONAL

Anwar tarik diri, Wan Azizah kekal presiden PKR

PETALING JAYA 22 APRIL: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan kepimpinan parti itu.

Perkara itu disahkan dengan pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, di sini.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRJusteru, penarikan itu memberi laluan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.

Kata Johari, JPP menerima surat penarikan daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu minggu lalu.

pilih“Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang. Ketika sidang media (JPP) terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri.

“Tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian saudara Karpal dan kes mahkamah,” kata Johari.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.