Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0: Ayuh bersolidariti bersama pekerja di Himpunan 1 Mei

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 22 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyokong perhimpunan menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diadakan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti.

Menurut satu kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 hari ini, golongan perkerja juga merupakan golongan yang tertindas dalam kebanyakkan isu termasuk isu GST dan isu pilihan raya dicemari penipuan.

Mei_1_anti_GST“Hari Pekerja berkembang daripada satu acara bagi memperingati perjuangan menuntut persekitaran bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan kehidupan pekerja.

“Maka himpunan tahun ini juga mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras BERSIH 2.0,” menurut kenyataan bersama yang diketuai Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Dipetik dari kenyataan itu lagi, BERSIH 2.0 juga akan menyertai perhimpunan di bangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berarak Dataran Merdeka bersama perserta perhimpunan.

“Kami menggesa semua orang, sebagai rakyat dan sebagai pekerja, supaya turun padang untuk himpunan ini dan mendesak supaya hak pekerja dimajukan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.