Categories
NASIONAL

Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Gabungan Pilihanraya Bersih da Adil (Bersih 2.0) membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa pengundian berdasarkan garis perkauman akan memupuk keharmonian kaum dalam negara ini.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan itu perlu ditolak dan tidak sepatutnya dibuat di Parlimen dengan mereka yang berbuat demikian sepatutnya meletakkan jawatan.

bersih“Saya rasa sepatutnya rakyat Malaysia perlu menolak kenyataan Shahidan dan Bung Mokhtar.

“Pada saya kenyataan itu tidak masuk akal dan memalukan kerana membangkitkan isu perkauman politik,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin turut menyokong cadangan Ahli Parlimen Arau itu.

Katanya, cadangan itu tidak rumit kerana mereka yang berdarah campuran boleh memilih wakil rakyat daripada kaum yang mereka sukai.

Maria Chin sebelum itu hadir ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan laporan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dibuat oleh panel Tribunal Rakyat GE-13.

Laporan berkenaan diserahkan kepada Ahli Palimen Pakatan Rakyat dan Bersih akan menyampaikan laporan sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tersebut beliau menyatakan beberapa kelemahan yang berlaku dalam PRU-13 lalu antaranya mengenai penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pengundi dan juga kawasan persempadanan semula.

Dalam laporan berkenaan panel tribunal menyarankan supaya satu jawatankuasa bebas dilantik bagi mengemudi proses persempadanan semula bagi mengelakkan pertambahan tugas SPR dan dapat dilakukan dengan bebas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.