Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan Pusat patut bentang pelan penyaluran air Langat 2

Oleh: Norhayati Umor

PETALING JAYA 22 APRIL : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendesak Kerajaan Pusat supaya membentangkan pelan khusus bagi penyaluran air dari projek pembinaan Langat 2 kepada umum.

Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Foon Weng Lian berkata projek yang memakan masa beberapa tahun itu tidak diberi maklumat khusus kawasan yang akan disalurkan apabila ia siap.

air pahang“Projek Langat 2 memakan masa dua tahun untuk disiapkan, kita belum sedia maklum adakah projek itu mampu menyalurkan air ke kawasan Lembah Klang atau hanya Putrajaya atau sebahagiannya sahaja.

“Projek Langat 2 adalah projek lambat untuk mengatasi krisis air sehingga membebankan pengguna,” katanya dalam sidang media, di Bangunan SKPPK, Sungai Way, di sini.

Weng Lian berkata ekoran dari kelewatan pihak Kerajaan Pusat menangani masalah itu, ketika ini tindakan yang hanya boleh diambil adalah catuan air.

“Sepatutnya perkara ini ditangani sejak awal lagi dengan mengambil kira sumber bekalan dan pertambahan populasi penduduk, namun tidak diendahkan,” katanya.

Beliau berpandangan Kerajaan Pusat perlu menyediakan sistem penuaian air hujan di semua kediaman penduduk dengan lebih menyeluruh.

Katanya, pendekatan itu dalam usaha menjimatkan penggunaan air seterusnya mengatasi krisis bekalan air pada masa hadapan.

“Setakat ini, tiada sistem itu yang dilakukan secara menyeluruh. Kesedaran itu ada tetapi pelaksanaannya tiada,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.