Categories
SELANGOR

FUTSAL IPMC meriah, 37 pasukan bertarung

BANTING 1 APRIL : Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Futsal IPMC Antara Kilang-Kilang Daerah Kuala Langat 2014 yang telah diadakan di Ole Futsal Olak Lempit Ahad lalu.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Taman Industri (IPMC) Park Management yang menjadi acara tahunan ini telah berjaya menarik sebanyak 37 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

Slide16Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini juga adalah merupakan salah satu cara bagi MDKL merapatkan hubungan dengan para pengilang serta serta para pelabur.

Sebanyak 2 kategori pertandingan telah diadakan seperti Kategori Lelaki dan Kategori Wanita.

Pasukan Amkor A telah berjaya menggondol kejuaraan dengan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1000.00 dan medal.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Flexitech A dengan membawa pulang wang tunai RM 700.00 dan medal dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Elpion dengan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal.

Bagi Kategori Wanita pula telah dimenangi oleh Pasukan Renesas A dengan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM500.00 beserta medal.

Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Pejabat Daerah Kuala Langat dengan membawa pulang wang tunai RM350.00 dan medal manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Kayaba dengan membawa pulang wang tunai RM200.00 dan medal.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang DiPertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.