Categories
NASIONAL

GST: Harga rumah naik, semakin sukar miliki kediaman

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 24 APR: Golongan berpendapatan rendah dan sederhana merupakan golongan paling terkesan untuk memiliki kediaman sendiri apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun hadapan.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata hal ini belaku apabila syarikat pemaju perumahan dijangka sudah pasti menaikan harga rumah bagi menyerap kos GST yang terpaksa dibayar ketika membeli bahan binaan sesuatu projek perumahan yang mereka bangunkan.

GST Grafik Baru“Walaupun pembeli rumah kediaman tidak dikenakan GST tetapi syarikat pembinaan dikenakan GST semasa membeli tanah untuk dibangunkan, simen, batu-bata, kayu dan lain-lain bahan binaan dikenakan GST menyebabkan sudah tentu kos meningkat.

“Bagi menyerap kos itu mereka akan memindahkannya kepada pembeli rumah dengan menaikan harga rumah. Ketika ini harga rumah memang sudah sedia tinggi akan jadi bertambah tinggi lagi,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kata Dr Rosli, sekiranya harga rumah tidak dinaikkan, syarikat pemaju perumahan terpaksa mengurangkan bahan binaan menyebabkan kediaman dibina lebih kecil, mutu binaan tidak berkualiti dan tidak menepati spefikasi piawaian keselamatan.

Dr Rosli YaakopSelain itu para pembeli hartanah kediaman juga akan dikenakan GST dalam urusan guaman dan perbankan seperti caj atau yuran berkaitan urusan pembelian kediaman masing-masing.

Hal ini diburukkan lagi dengan pendapatan seisi rumah penduduk negara ini yang rendah jika dibandingkan dengan peningkatan harga rumah kediaman termasuk rumah mampu milik.

Katanya lagi, rumah mampu milik di negara ini juga akan meningkat dan tidak selaras dengan formula ditetapkan Bank Dunia.

“Kalau graduan yang baru berkerja beberapa tahun nanti jangan mimpi nak beli rumah sebab rumah akan bertambah mahal.

“Kalau nak beli rumah agak selesa di luar Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya perlu ada pendapatan bulanan lebih RM10,000 baru boleh beli rumah berharga RM500,000,” kata Dr Rosli lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.