Categories
NASIONAL

GST sebab kos kesihatan dan perumahan naik, turun 1 Mei bantah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 24 APRIL : Rakyat dijangka akan terus terbeban apabila dua sektor utama iaitu kesihatan dan perumahan bakal mengalami kenaikan harga selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata meskipun perkhidmatan dan rawatan hospital terkecuali daripada senarai cukai, namun kos ubat-ubatan dan alatan perubatan tetap dikenakan cukai.

Mei_1_anti_GST“Mengambil contoh KPJ Healthcare Bhd, kita meramalkan bahawa bil perubatan di hospital swasta itu akan meningkat sekurang-kurangnya antara tiga hingga lima peratus setiap tahun,” tulisnya di blog.

Beliau berkata sektor perumahan dan hartanah turut tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga sebaik sahaja GST mula dilaksanakan.

Malah katanya perkara itu turut diakui seorang Naib Presiden MCA yang berpandangan bahawa harga rumah akan meningkat disebabkan pihak pemaju tidak sanggup menampung pengenaan cukai enam peratus terhadap pelbagai barangan pembinaan.

“Beliau (naib presiden MCA) meramalkan kenaikan harga rumah apabila cukai barangan tidak mampu ditanggung pemaju dan akhirnya dipindahkan kepada pembeli yang terpaksa membayar harga tinggi untuk memiliki rumah.

“Jelas dalam kedua-dua contoh tadi pastinya tidak kira pemaju mahupun peniaga akan memindahkan kos kenaikan mereka akibat bayaran enam peratus GST kepada pengguna yakni Rakyat.

“Peniaga tidak boleh pindah kos cukai kepada pengguna tetapi hakikatnya semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai akan dipindahkan dan dibebankan kepada rakyat,” katanya lagi.

Justeru katanya semua rakyat termasuk ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) digesa untuk turun ke Dataran Merdeka pada 1 Mei nanti bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan GST.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.