Categories
NASIONAL

Kenyataan MB Negeri Sembilan jual air ke Selangor memperbodoh rakyat

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung untuk menjual air terawat ke Selangor adalah kenyataan pembodohan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, Ravi Munusamy, berkata perkara itu juga kenyataan yang sombong.

“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air. Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Ravi turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.

Ravi-Munusamy“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, minta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Ravi berkata, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia jual air kepada orang lain,” katanya.

-EZY-

Leave a Reply

Your email address will not be published.