Categories
NASIONAL

Aminuddin yakin Anwar menang majoriti 30,000 undi

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 12 OKT : Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 30,000 undi.

Katanya, masyarakat di negeri itu berbangga apabila calon PAKATAN itu memilih Port Dickson sebagai tempat bertanding.

“Kita akan melihat bakal Perdana Menteri yang kelapan wujud daripada Port Dickson, dalam banyak-banyak parlimen di negara ini, beliau (Anwar) pilih tempat kita.

“Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri nanti, beliau akan membawa nama Port Dickson, oleh itu saya menyeru supaya parti-parti lain mengikat tali persaudaraan bersama, dan seterusnya membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Mega PRK Port Dickson di DUN Bagan Pinang.

Categories
NASIONAL

Kenyataan MB Negeri Sembilan jual air ke Selangor memperbodoh rakyat

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung untuk menjual air terawat ke Selangor adalah kenyataan pembodohan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, Ravi Munusamy, berkata perkara itu juga kenyataan yang sombong.

“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air. Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Ravi turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.

Ravi-Munusamy“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, minta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Ravi berkata, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia jual air kepada orang lain,” katanya.

-EZY-