Categories
SELANGOR

MB: Syabas diletak bawah KDEB dalam penstrukturan air

SHAH ALAM 18 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan diletakkan di bawah pengurusan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Beliau berkata proses pengambilalihan konsesi air Selangor masih dalam perbincangan bersama Kementerian Tenaga, Air dan Alam Sekitar (Kettha).

air-syabas_MBaKatanya, perkara ini banyak dibincangkan terutama dalam sesi Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini.

“Saya rasa perkara ini terlalu banyak dibincangkan kerana perkara ini masih dalam perbincangan dengan pihak Kementerian,” katanya ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Kashim Abdul Aziz.

Proses penstrukturan air menjadi tumpuan dalam sesi DNS kali ini yang menyaksikan beberapa Adun membangkitkan persoalan mengenai perkembangan semasa proses berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Selangor telah menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Persekutuan yang menyaksikan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor bersedia memberikan kebenaran Projek Langat 2 untuk dilaksanakan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.