Categories
NASIONAL

Kerajaan tidak patut boros, bukan laksana GST bebankan rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG JAYA 14 APRIL : Kerajaan Pusat menolak nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) agar mengawal perbelanjaan, tidak boros dan jangan membazir.

Sebaliknya kerajaan menolak nasihat itu dengan memilih untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat bagi mengelakkan kedudukan (rating) kewangan negara tidak terus merosot.

Gst biasaMantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop berkata, nasihat itu dikeluarkan IMF dalam penilaiannya terhadap ekonomi Malaysia yang dibuat setiap tahun di bawah Artikel 4 Consultation.

“IMF melihat ekonomi Malaysia kalau tak dilakukan sesuatu sama ada mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan hasil, rating kita akan merosot.

“IMF menasihatkan agar Malaysia, pertama, berjimat berbelanja seperti jangan bazir, boros, buat tender terbuka projek kerajaan dan langkah lain.

“Pilihan kedua, kenakan cukai lebih tinggi supaya dapat tingkatkan hasil lebih tinggi tetapi kerajaan Malaysia ambil jalan mudah kenakan GST, bukan ambil langkah berjimat cermat,” kata Dr Rosli ketika ditemui Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri Wacana Rakyat: Kesan TPPA dan GST kepada sektor perumahan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini semalam.

Tambah beliau, kedudukan rating kewangan lemah menyebabkan Malaysia boleh dikenakan kadar faeadah tinggi sekiranya berhasrat membuat pinjaman dari sumber kewangan luar negara.

Dr Rosli memberitahu rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali turun dalam bantahan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.