Categories
NASIONAL

Mat Taib: Umno tiada roh Islam, sapu halal haram

SHAH ALAM, 5 APR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan tindakan beliau keluar daripada Umno selepas menyedari bahawa hidup bukan hanya bermatlamatkan dunia sahaja tetapi akan menuju ke alam akhirat.

Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, sistem pemerintahan negara semakin rosak dan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.

“Khatib di masjid tadi sebut tugas kita ‘amar makruf nahi mungkar’ (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).

mat taib“Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak,” katanya pada Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom, di sini, semalam.

Turut serta pada majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS, Johor Aminolhuda Hassan.

Sehubungan itu, Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat berkata, pemimpin sedia ada perlu ditukar dan atas sebab itu beliau bertindak menyertai PAS.

“Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah. Zaman Umno memang buat surau, pergi haji, umrah, sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.

“Yang betul buat jugak dan tak betul pun buat jugak. Menari pun buat jugak,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Leave a Reply

Your email address will not be published.