Categories
SELANGOR

MB: Anak muda perlu rebut peluang tingkat kemahiran

Oleh: AFIX REDZUAN

MERU 26 APRIL : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) semalam dengan meluangkan masa menghadiri Malam Kesenian dan Kebudayaan.

Bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Pekan Meru, Abdul Khalid diraikan dengan persembahan daripada Kumpulan Cembuling Warisan Era Baru Kampung Bukit Kapar dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).

MB PMKR1Hadir sama Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman, Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri sedaya upaya menunaikan hasrat rakyat yang telah dizahirkan pada PRU-13 selepas Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat untuk terus mentadbir Selangor.

Katanya, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan dengan penambahbaikan termasuk memfokuskan kepada golongan belia dan kawasan luar bandar.

Jelasnya, anak muda kini boleh merebut peluang latihan daripada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemahiran mereka seperti dalam bidang elektrik dan belia yang mahir akan ditempatkan di kawasan pangsapuri untuk bekerja dengan Kerajaan Negeri.

Beliau menambah, sebagai ganjaran, golongan muda berkemahiran ini layak untuk menerima skim perumahan kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Menyentuh isu catuan air yang menjadi perbualan hangat Adun Pelabuhan Klang itu menambah, usaha mengepam air dari kawasan lombong sedang giat dijalankan.

Dengan perbelanjaan RM10 juta untuk pembelian peralatan beliau menambah, Kerajaan Negeri sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan bekalan air di empangan kembali normal dan rakyat boleh meneruskan kehidupan seperti biasa semula.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.