Categories
NASIONAL

Gambar ‘kafan’ Wan Azizah, Polis patut bertindak seperti kes Rosmah

SHAH ALAM 26 APRIL : PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mendesak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’ itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

” AMK mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

“AMK akan membuat laporan Polis bermula hari ini,” kata Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan dipetik Harakah Daily.

Beliau berkata, jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa Polis melakukan tindakan pantas yang serupa.

“Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.