Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Selangor tidak bercadang jual pegangan saham Kesas

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 9 APRIL: Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak bercadang untuk menjual pegangan saham di dalam konsesi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) meskipun terdapat tawaran pembelian saham daripada beberapa syarikat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ahli lembaga pengarah PKNS tidak bercadang untuk menjual pegangan mereka sebanyak 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

dnsKenyataan ini dibuat pada sesi soal jawab Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie.

Dalam soalan tambahan Shuhaimi membakitkan permasalahan paip di bawah jambatan susur keluar Jalan Kebun di lebuhraya Kesas yang mengakibatkan takungan air di kawasan berkenaan.

Katanya, kejadian ini telah berlarutan hampir tujuh tahun dan pernah dibawa dalam mesyuarat tindakan daerah setiap tahun namun masih belum ada apa-apa tindakan.

Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang dalam jawapannya berkata, beliau akan menjemput Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pejabat tanah dan daerah untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Dari segi undang-undang kawasan tersebut di bawah jagaan pejabat tanah manakala pentadbiran dibawah pihak berkuasa tempatan.

“Jika masalah ini benar-benar tidak diselesaikan kita boleh menutup jalan berkenaan sekiranya membahayakan pengguna. Tapi kita tidak mahu sampai tahap berkenaan,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.