Categories
SELANGOR

MB: Selangor mahu kos pengambilalihan syarikat air tidak melebihi RM9.65 bilion

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 10 APRIL : Kerajaan Negeri mahu kos pengambilalihan syarikat konsesi air tidak melebihi jumlah yang ditawarkan iaitu RM9.65 juta.

Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu penting kerana kenaikan kos pengambilalihan akan mempunyai impak negatif kepada tarif air seterusnya membebankan rakyat terutama lebih lima juta pengguna air di Lembah Klang.

air-syabas_MB1Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan oleh Kementeriaan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) kepada rayuan oleh dua syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk Kerajaan Negeri melihat semula tawaran terbabit.

Sebelum ini, Menteri Kettha, Datuk Seri Maximus Ongkili dalam surat bertarikh 8 April memohon Kerajaan Negeri untuk memberi pertimbangan kepada rayuan itu.

“Kerajaan negeri bersedia untuk melihat semula rayuan oleh Puncak Niaga dan Syabas untuk bersama dalam penstukrukturan semula industri air sebelum Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air Selangor (WSIA) 2006 dilaksanakan.

“Namun, kos pengambilalihan yang dicadangkan oleh kedua-dua konsesi tidak boleh melebihi tawaran asal,” katanya dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri komited untuk terus bersama Kettha untuk meneruskan usaha pengambilalihan industri air Selangor melalui Seksyen 114.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan berkaitan modus operandi yang perlu dilakukan bagi pelaksanaan pengambilalihan menurut Seksyen 114 akta itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.