Categories
SELANGOR

MB: Selangor tidak pernah keluar arahan bekukan permohonan TOL

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 14 APRIL : Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membekukan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan atau arahan bercanggah dengan Kerajaan Negeri.

dnsKatanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

“Kita menggalakkan semua permohonan diberikan kepada MTES, tetapi mendapati permohonan tak dibuat, jadi MTES fikir tiada permohonan daripada penduduk.

“Tetapi ini akan terjadi sekiranya yang diatas cakap lain, yang di bawah buat lain.

“Jika ada permohonan dibuat tetapi diberitahu TOL dibekukan, tolong bagi maklumat pada pihak kita untuk diambil tindakan,” katanya di sidang Dewan Negeri.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan aduan mengenai pembekuan TOL.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata Kerajaan Negeri menggalakkan permohonan TOL malah bersedia memberikan hak pemilikan terhadap mereka yang menduduki tanah termasuk yang berstatus TOL.

“Mereka diberi kesempatan untuk miliki tanah dan dengan pembayaran premium hanya RM1,000 sahaja,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.