Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Pilih pemimpin terbaik bawa PR ke Putrajaya dalam PRU-14

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 8 APRIL: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan ahli parti itu memilih pemimpin yang diyakini mampu membawa kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Beliau berkata, hanya kemenangan PR mampu mengelakkan ramalan dalam laporan Merrill Lynch dan Dr Fatimah Kari daripada menjadi kenyataan.

Nurul-IzzahMerrill Lynch merupakan sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berpengaruh dan Dr Fatimah Kari pula merupakan ahli ekonomi di Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya.

“Tanpa pendidikan yang berkualiti akan menyebabkan ramai terperangkap dalam kemiskinan yang memeningkan.

“Merrill Lynch meramalkan menjelang 2030, anak-anak muda termasuklah anggota kita yang dicintai ini muda dan miskin. Itu masa depan menanti kita jika kita tidak mahu melaksanakan iltizam politik untuk mengubahnya.

“Dr Fatimah Kari pula meramalkan penarikan subsidi akan beri kesan besar khususnya terhadap majoriti Melayu dan bumiputra.

Maka pada saya kepimpinan yang kita harus pilih adalah yang mampu melakar kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti,” kata beliau dalam Majlis Pelancaran Kempen Masa Depan Bersama di Hotel Media, Tropicana di sini hari ini.

Sementara itu dalam majlis pelancaran itu, Nurul Izzah yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR kali ini mengadakan kerjasama dengan seorang lagi calon Naib Presiden, Rafizi Ramli dan calon Timbalan Presiden, Saifuddin Nasution.

Regu tiga serangkai yang menggunakan tema kempen ‘Masa Depan Bersama’ akan memulakan kempen mereka di seluruh negara bermula di sebelah Utara Semenanjung pada 16 April dan berakhir di Sabah pada 27 April nanti.

Ketiga-tiga calon terbabit juga sepakat untuk menganjurkan kempen politik sihat dengan membuktikan rekod perjuangan masing-masing kepada parti dan rakyat bagi membuktikan kemampuan membantu Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU-14 nanti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.