Categories
NASIONAL

Orang ramai beri penghormatan terakhir mendiang Karpal Singh

GEORGETOWN 20 APRIL : Orang ramai mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi untuk mengiringi mendiang, Karpal Singh menuju ke Dewan Sri Pinang seterusnya ke Bukit Gantung untuk disemadikan pagi ini.

Kesedihan mula menyelebungi kediaman mendiang Karpal Singh di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang sebaik keranda dibawa masuk ke dalam van menuju ke Dewan Sri Pinang dalam perjalanan terakhir sebelum disemadikan.

mendiangIsteri mendiang, Gurmit Kaur dalam keadaan sedih dan teresak-esak melihat suaminya mula dibawa keluar daripada kediaman mereka sejak berkahwin 40 tahun lalu.

Mula jam 7.45 pagi, kereta dan motorsikal mengiringi van yang membawa mendiang.

Sepanjang perjalanan, kenderaan berhenti bagi memberikan laluan dan penghormatan terakhir.

Perjalanannya dari rumah ke dewan diiringi lebih 100 motosikal, termasuk motosikal berkuasa tinggi dan deretan kereta yang panjang.

Keranda Karpal diletakkan di tengah lobi dewan berkenaan sementara ahli keluarganya dan kenamaan serta ahli DAP mengelilinginya untuk acara umum terakhir mendiang.

Pada jam 8 pagi, van membawa jenazah tiba di Dewan Sri Pinang dan disambut dengan pasukan pancaragam bekas sekolah mendiang St Xavier Institution bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ribuan orang ramai mula berpusu-pusu masuk dan beratur panjang menunggu giliran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh peguam dan politik yang disegani tersebut.

Tidak jauh daripada dewan, tiga tempat bersejarah, Mahkamah Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sekolah mendiang, St Xavier yang merupakan titik permulaan dalam karier mendiang.

Ahli keluarga, pemimpin DAP dan penyokong mendiang kelihatan sedih mengenangkan pemergian pemimpin kesayangan mereka.

Sukarelawan juga sibuk menjaga perjalanan dalam dan luar dewan.

Sekitar jam 11 pagi, mendiang akan dibawa menuju ke Bukit Gantung untuk disemadikan buat kali terakhir melalui beberapa jalan penting seperti bangunan Dun dan sekolah lama mendiang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.