Categories
NASIONAL

PAS: Parlimen Bukit Gelugor adalah kerusi DAP

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sendiri bersetuju secara bersama untuk tidak memgambil mana-mana kerusi sekiranya sudah diperuntukkan untuk sesebuah parti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS tidak berminat untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas penyandangnya, mendiang Karpal Singh meninggal dunia minggu lalu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

karpal“Kita punya hubungan yang sangat rapat dengan PR.

“Tidak timbul soal minat kerana kalau kerusi itu hak PAS, tiada siapa boleh ambil.

“Tapi kerusi itu (Bukit Gelugor) milik DAP. Sama seperti di Kajang kerusi itu milik PKR,” katanya kepada media.

Sebelum ini penulis buku biografi Karpal Singh, Tim Donoghue mendakwa mendiang pernah menyatakan hasrat agar anak lelaki peguam tersohor tersebut Ramkarpal akan menjadi pengganti sebagai MP.

Penulis buku ‘Karpal Singh – Tiger of Jelutong’ itu berkata Karpal memberitahunya beberapa kali ketika berbual mengenai kes hasutan terhadap Sultan Perak, yang dihadapi mendiang sekiranya sabitan kes hasutan itu berakhir dengan hukuman penjara.

Sementara itu, DAP Pulau Pinang masih tidak mengetahui sama ada Karpal Singh mengemukakan calon penggantinya di kerusi parlimen Bukit Gelugor jika sesuatu berlaku kepadanya, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yew.

Chow berkata, masih belum ada senarai calon yang berpotensi mengisi kerusi itu yang dipegang Karpal sejak Pilihan Raya 2004.

Beliau juga tidak mengesahkan laporan Karpal mahukan anak ketiganya, Ramkarpal untuk mengisi kekosongan itu.

Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.