Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR, Tian Chua tarik diri tanding Timbalan Presiden

Oleh: Lizawati Madfa

KUALA LUMPUR 10 APRIL : Penyandang Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini secara rasmi mengumumkan beliau akan menarik diri daripada bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu juga menyatakan pendirian untuk terus mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya ketika ini.

pemilihan-2014Bagaimanapun beliau menafikan akan menyebelahi mana-mana kumpulan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Saya sudah berjumpa dengan hampir semua calon timbalan dan terangkan misi dan visi saya dan saya yakin mereka (calon) faham dan mampu bawa.

“Oleh itu saya buat keputusan untuk hanya mempertahankan jawatan Naib Presiden,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Hadir sama memberikan sokongan moral ialah calon Timbalan Presiden, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung parti, bersama gandingan kumpulan ‘membina masa depan bersama’ iaitu Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Fuziah Salleh.

Dengan penarikan diri Tian Chua, jawatan Timbalan Presiden bakal direbut secara lima penjuru di antara penyandang jawatan, Azmin Ali dengan Saifuddin serta calon lain; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk K Rama dan S. Murali.

Bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden, Tian Chua bakal menghadapi tentangan daripada penyandang lain serta 12 calon lain termasuk Elizabeth Wong, Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.